Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemanas 5.0 Beri Peluang Peserta Berbahas Secara Terbuka Bersama Pemimpin Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemanas 5.0 Beri Peluang Peserta Berbahas Secara Terbuka Bersama Pemimpin Negara





Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 5.0, yang memulakan persidangannya malam tadi, dengan disertai 350 mahasiswa universiti awam dan swasta menjadi medan terbaik kepada para peserta untuk mendapatkan info dan maklumat terus dari pemimpin selain menyuarakan permasalahan serta berkongsi pengalaman berkaitan situasi semasa dan hal-hal masa hadapan.



Ahli Majlis tertinggi UMNO, Senator Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah berkata, PEMANAS kali ini kita berjaya mengumpulkan semua pemimpin daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, malah tidak kurang sepuluh orang menteri telah menyatakan persetujuan untuk berjumpa dengan para peserta tahun ini.

“Matlamat kami di dalam PEMANAS, para peserta ini adalah merupakan arkitek kepada masyarakat, bertanggungjawab mewarnakan, mencernakan dan menentukan hala tuju dan visi kepada bangsa dan negara.

“Bangsa kita terletak di tangan tuan-tuan, puan-puan (peserta Pemanas 5.0) kerana kami akan pergi lebih awal tetapi apa yang berlaku pada generasi akan datang bergantung 100 peratus di tangan anak-anak muda Gen Y pada hari ini,” ujarnya berucap dalam Majlis Makan Malam PEMANAS 5.0 di sini malam tadi.

Jelasnya yang juga Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, PEMANAS 5.0 kali ini mahu memberi ruang dan peluang secara terbuka kepada semua peserta iaitu pemimpin-pemimpin mahasiswa yang dikatakan sebagai arkitek kepada masyarakat, yang akan menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan.

“Peluang untuk berjumpa dan berdiskusi, bertanya bahkan kalau ada perkara-perkara yang terbuku di kalbu, ada soalan-soalan yang meragukan yang memerlukan jawapan, kami telah meminta kepada menteri-menteri berkenaan untuk memberikan maklumat-maklumat supaya segala kegaruan yang ada, dapat kita perbaiki atau kita banteras supaya kita bersedia untuk membawa dan memainkan peranan kita untuk menuju ke arah negara yang lebih baik dan demi anak cucu cicit kita.

“Saya benar-benar serius merasakan bahawa tuan-tuan merupakan agen perubahan, bahkan merupakan agen UMNO secara ikhlas, yang merupakan jurucakap, wakil UMNO, parti keramat yang telah membawa negara ke arah sebuah negara yang tidak pernah kita mimpikan,” tambahnya.

Beberapa para peserta PEMANAS 5.0 menyifatkan program tersebut membuktikan bahawa UMNO terbuka dan memberi ruang seluas-luasnya kepada golongan mahasiswa untuk turut sama memberikan pandangan dan luahan hati mereka bersempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan, malah dalam masa yang sama memberikan mereka peluang untuk sama-sama ‘bersidang’ dengan para perwakilan nanti.

Mohd Syahir Ridhwan, pelajar dalam bidang kewartawan UiTM Shah Alam menyifatkan PEMANAS 5.0 platform kepada pelajar dari IPTA dan IPTS berkumpul dan berbahas isu-isu yang berkait rapat dengan isu semasa dan pendidikan, demi kebaikan mahasiswa juga.

“Antara isu yang ingin dibangkitkan ialah pemotongan bajet untuk IPT pada pembentangan sebelum ini (Bajet 2017), dan akan mengenengahkan harapan agar pada pembentangan bajet yang akan datang, bajet untuk IPT ini tidak lagi dipotong demi untuk kebaikan mahasiswa kerana mahasiswa adalah asset untuk negara.”

Pendapat Syahir turut dipersetujui Nurul Syafiqah Mohd Rosli, Pelajar dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang turut mengakui bahawa program PEMANAS ini adalah platform untuk golongan mahasiwa memberikan pendapat dan pandangan khususnya suara anak muda dan remaja untuk perhatian pihak kerajaan.

“Saya akan ketengahkan isu tentang masalah yang melibatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pinjaman pelajaran kerana ramai pelajar yang layak tetapi mereka tidak dapat peluang tersebut.”

Bagi Siti Nor Azliza Ali, pelajar Fakulti Perniagaan Perakaunan, Universiti Malaya, program PEMANAS ini merupakan platform dan persidangan yang menggerakkan seluruh mahasiswa untuk sama-sama membangunkan negara.

“Dalam masa yang sama, program ini bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO 2017, maka kami boleh membawa suara mahasiswa untuk sama-sama berkongsi dengan pemimpin-pemimpin negara dan parti.”

Tema PEMANAS 5.0 kali ini adalah ‘Mahasiswa Arkitek Malaysia Alaf Baharu’ akan membincangkan empat bidang utama iaitu politik, ekonomi, agama dan pendidikan.

PEMANAS 5.0 adalah satu platform buat golongan muda bukan sahaja untuk menyuarakan pendapat mereka tetapi membincangkan penyelesaian terbaik terhadap isu-isu semasa yang membelenggu mereka hari ini. – MediaUMNO

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zC8Vyi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.