Mereka tak perasan agaknya...
Kali terakhir drama lakonan Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 27, disiarkan di TV3 menerusi Patahnya Sebelah Sayap.
Anggota kumpulan Forteen itu berkata, dia tidak berasakan kerjayanya jatuh kerana tetap sibuk dengan penggambaran drama dan bakal muncul dengan dua filem baru.
"Drama baru saya bakal disiarkan bulan depan dan akan menyusul dua filem.
“Baru-baru ini drama lakonan saya, Kesempatan Kedua disiarkan menerusi slot Cerekarama.
“Dakwaan ini timbul mungkin kerana mereka tidak menyedari drama lakonan saya di TV.
“Bagaimanapun, sesiapa yang mengikuti akaun Instagram saya, pasti dapat melihat perkembangan kerjaya saya,” katanya.
Tambah Izzue, mungkin juga mereka berkata begitu kerana tiada cerita sensasi mengenai dirinya hingga mengandaikan kerjayanya makin perlahan.
Bagaimanapun, Izzue enggan terpalit dengan cerita negatif dan lebih selesa dengan cara kerja sekarang.
"Biarlah saya begini tetap aktif berlakon dan menyanyi. Alhamdulillah, rezeki masih ada walaupun jarang dilihat di televisyen," katanya.
Kata Izzue, dia juga akan muncul dengan lagu baru untuk projek solo kedua manakala single baru Forteen akan dilancarkan tidak lama lagi.
Sumber Mereka tak perasan agaknya...
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zEHcNe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment