Persepsi Dan Tanggapan Oleh Pembangkang Cabaran Besar Kerajaan Untuk Rakyat- Razali
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata apa yang berlaku hari ini sebenarnya merupakan satu cabaran yang cukup besar terhadap kerajaan khususnya dalam mendepani pelbagai persepsi yang dimainkan oleh pihak pembangkang dalam usaha kerajaan melaksanakan yang terbaik untuk rakyat dan negara.
Justeru katanya, apa yang penting adalah sikap dan pendekatan yang dihadapi oleh rakyat terhadap senario berkenaan khususnya dalam menjayakan pelbagai perkara dan pelaksanaan untuk menguruskan negara hari ini demi kepentingan dan manfaat bersama.
“Benda kecil jika sikap kita tidak betul ianya tidak akan membantu menyelesaikan masalah yang kecil itu namun walaupun sebesar mana masalah seandainya sikap kita betul ianya dapat selesaikan masalah terbabit.
“Saya ambil contoh bagaimana penggunaan tenaga kerja di ladang sawit Felda. Kita nak import tenaga kerja luar pembangkang pula bising… tetapi kita nak ambil 1,000 rakyat tempatan pun susah untuk bekerja di ladang. Kita bukan nak aniayai rakyat tetapi untuk meningkatkan lagi pendapatan Felda yang akhirnya peneroka mendapat manfaat.
“Contoh kedua…soal harga… saya menetap di Bangsar dan ada buah anggur segugus yang dijual dengan harga sehingga mencecah RM400 ringgit…ada RM200. Namun terdapat juga anggur di pasar malam yang berharga RM20 dan RM30 segugus. Saya katakan perkara ini kerana apa…kenapa kita nak pergi beli yang di tempat harga RM200 atau RM400 sedangkan anggur juga ada dijual di pasar malam di kawasan yang sama.
“Yang jadi masalah, kita beli yang harga RM200 kemudian salahkan kerajaan sebab harga mahal. Perkara ini sebenarnya kalau nak bahas tak akan habis,” katanya pada program Perjuangan For All di Putrajaya, malam tadi. Turut menjadi ahli panel, Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Lokman Noor Adam dan Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin sebagai moderator.
Razali seterusnya menegaskan dalam prinsip ekonomi harga bergantung kepada permintaan dan penawaran.
“Contoh durian…kenapa hari ini harganya menjadi mahal…sebab permintaan yang cukup tinggi manakalanya produknya berkurang. Cuma sekali dulu harga durian jatuh pada harga 35 sen sekilo kerana buahnya banyak sehingga kerajaan mengambil tindakan melakukan pusat pengumpulan buah. Ini adalah sistem ekonomi.”
Katanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memikirkan masa depan dan melangkau jauh ke depan.
“Dulu sesetengah pihak marah kita buat ‘plus highway’…namun hari ini marah kenapa buat dua lorong sepatutnya empat lorong, dan hari ini kita tingkatkan lagi pengangkutan awam termasuklah ERL dan macam-macam lagi. Kita juga ada Rapid Pengerang dan begitu juga kita sediakan tumpuan kepada bidang kemahiran menerusi TVET,” katanya.
Katanya lagi negara maju perlu ada 60 peratus kepakaran dalam bidang kemahiran dan hari ini kita mempunyai 28 peratus sahaja dan jika negara masih tidak mengambil langkah ke arah itu akhinya nanti negara akan bergantung kepada tenaga kerja daripada luar termasuklah di Pengerang.
“Yang kita perlu berdepan hari ini apa yang kita buat sememangnya tidak popular tetapi itulah yang bakal memberi masa depan yang terbaik untuk negara kita dan BN dah buat daripada dulu sebelum merdeka, semasa merdeka, selepas merdeka namun kita dikritik dan dihentam serta dikutuk namun kita istiqamah dan akhirnya hari ini kita dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa berbanding dulu dan kita akan terus berjaya dengan mengekalkan kerajaan yang ada,” katanya. – MediaUMNO
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jyI4w3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment