Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maksud ‘Cumi’ Dalam Bait Lagu Terbaru Nabila Razali, Pematah Hati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maksud ‘Cumi’ Dalam Bait Lagu Terbaru Nabila Razali, Pematah Hati

Kebelakangan ini kita telah dikejutkan dengan video yang dimuat naik oleh Nabila Razali yang kelihatannya nampak sedih seperti orang sedang kecewa dengan seorang jejaka.

Rupa-rupanya hanya gimik semata-mata. Kandungan video berkenaan adalah hanya memeriahkan lagi perlancaran albun terbarunya yang bertajuk ‘Pematah Hati’.

Nabila Razali kini telah heboh diperkatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang artis Malaysia iaitu Aedy Ashraf. Video tersebut adalah sekadar gimik untuk lagu Pematah Hati.

Perkataan ‘Cumi’ dalam bait lagu pematah hati telah diulang sebanyak 36 kali dalam lagu terbaru Nabila Razali. Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ‘Cumi’.

Perkataan cumi itu jika ditukarkan dalam bahasa Indonesia ianya bermaksud suatu Hidupan Laut seperti sotong dan ia juga merupakan salah satu juadah yang menjadi pilihan ramai.

Apa kena mengena dengan lagu Pematah Hati nyanyian Nabila Razali??

Tambah Nabila Razali lagi maksud perkataan ‘Cumi’ ini adalah satu ringkasan ayat menjadi ‘Cuba Miss Call’ dan menanmbah menarik lagi untuk menyedapkan lagi cara sebutannya.

“Ramai yang panggil lagu Pematah Hati ini lagu Cumi Cumi, bagi saya tiada masalah pun sebab ia sedikit sebanyak memberi publisiti untuk lagu saya.

“Cumi bermaksud Cuba Miss Call, sama seperti Curahan Hati yang dipendekkan menjadi CurHat.

“Tiada kena mengena pun dengan makanan atau hidupan laut seperti yang sering orang salah anggap,” jelas Nabila kepada Astro Gempak.

Pernah pada mulanya lirik ‘cumi’ yang diulang-ulang pada verse lagu Pematah Hati mahu ditukar menjadikan lirik panjang namun Nabila enggan mengubah karya ciptaan Hael Husaini itu.

Permulaan lagu hasil ciptaan Hael Husaini ini juga pernah ditukar dalam bentuk lirik yang panjang untuk lagu Pematah Hati tapi tidak mahu menukar keseluruhan lagu berkenaan.

“Cumi yang diulang berkali-kali kedengaran comel pula, jadi saya rasa lebih baik kekalkan lirik ini untuk nampak unik dan berbeza,” tambah Nabila.

Nabila Razali juga turut menjawab semua persoalan tentang kontroversi panas yang melanda dirinya dengan pelakon kacak Aedy Ashraf dengan pelancaran lagu Pematah Hati.

Aedy Ashraf juga turut melibatkan diri dan menjadi watak utama dalam video klip lagu pematah hati dengan Nabila Razali.

Mari kita lihat video klip lagu Pematah hati nyanyian Nabila Razali.

Walau apa pun kandungan video Nabila menangis itu telah mendapat kecaman hebat dari netizen dia tetap selamba sengan segala kecaman terhadap dirinya.

Sumber: Mediagempak.com , Astro Gempak

The post Maksud ‘Cumi’ Dalam Bait Lagu Terbaru Nabila Razali, Pematah Hati appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nf4gR5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.