Hi! Welcome Back and Stay Tune! Misteri kehilangan instagram Azwan Ali, apa yang terjadi? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Misteri kehilangan instagram Azwan Ali, apa yang terjadi?

NAMA Azwan Ali sering menjadi perhatian netizen kerana kelantangannya memberikan pandangan.

Pengacara dan pelakon ini amat terkenal di laman Instagram kerana sering memuat naik beberapa video yang boleh mendatangkan kontroversi.

Namun, sejak dua menjak ini laman Instagram seakan sunyi tanpa suaranya. Ramai juga yang tertanya-tanya mengapakah tiada entri terbaru yang dimuat naik.

Melalui pemerhatian MyNewshub, laman Instagram pengacara yang lebih dikenali dengan panggilan Diva AA ini sudah tidak wujud lagi!

Adakah laman sosial tersebut sudah dipadam pihak Instagram berikutan ramai yang mungkin tidak sependapat dengannya kerana terlalu lantang bersuara?

Mungkin juga kehilangan akaun tersebut berikutan ramai netizen yang telah membuat laporan kepada pihak Instagram.

Atau Azwan sendiri yang telah memadam akaunnya itu kerana tidak tahan dengan komen dan kecaman yang diberikan netizen.

Dengar-dengarnya laman Instagram dengan nama @divaazwanavazz sudah hilang sejak hujung minggu lalu.

Jika dilihat entri-entri yang dimuat naiknya, video-video tersebut kebanyakannya seakan mengutuk dan membuat parodi mengenai artis lain.

Azwan yang terkenal dengan tagline Why Bother? Why Bother? Why Bother? sebelum ini turut terlibat dengan podcast Ais Kacang menerusi segmen Why Bother? by Diva AA.

Khabarnya, program tersebut turut menyiarkan gosip-gosip dan cerita-cerita ‘panas’ artis pada sesuatu masa.

Sedikit sebanyak program itu mungkin menyumbang kepada punca kehilangan Instagram Azwan ini kerana kandungan podcast tersebut ada menyinggung pihak-pihak tertentu.

Sehingga ke hari ini, tiada khabar berita mengenai Instagramnya itu.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Misteri kehilangan instagram Azwan Ali, apa yang terjadi?

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kbgfOy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.