Pengguna Maxis Dan Hotlink Kini Boleh Menggunakan Bil Telekomunikasi Untuk Pembelian AppStore Dan iTunes
Selepas Celcom, U Mobile dan Digi memperkenalkan sokongan pembelian kandungan menggunakan bil telekomunikasi, kini hari ini Maxis turut mengumumkan sokongan sama untuk pengguna Maxis dan juga Hotlink.
Kini, anda boleh menggunakan akaun prabayar atau pascabayar untuk melakukan pembelian kandungan di App Store, Apple Music dan juga iTunes. Langkah ini sekaligus lebih memudahkan pengguna, dan tidak perlu risau ketiadaan kad kredit untuk membeli kandungan.
Anda boleh melakukan pembelian menggunakan bil telekomunikasi dengan memilih “Carrier Billing” pada pilihan pembayaran, dan anda akan dicaj menggunakan kredit pada prabayar atau dibilkan pada bil pascabayar bulanan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ni0EO6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment