Hi! Welcome Back and Stay Tune! MA63: Saya boleh 100 kali tak setuju dengan KM Sarawak, kata Pandikar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MA63: Saya boleh 100 kali tak setuju dengan KM Sarawak, kata Pandikar

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak pandangan Datuk Seri Patinggi Abang Johari Tun Openg berkenaan signifikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan tidak kisah untuk berdebat dengan Ketua Menteri Sarawak itu berkenaannya.

"Jika beliau sanggup berdebat dengan saya, bila-bila masa sahaja," katanya.

Abang Johari sebelum ini menyangkal pandangan Pandikar bahawa MA63 - berhubung penubuhan Persekutuan Malaysia oleh Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura - hanyalah "cadangan" dan bukan perjanjian yang mempunyai kesan perundangan.

"Jika beliau tidak bersetuju dengan saya, saya juga tidak bersetuju dengan beliau. Jika beliau 10 kali tidak bersetuju, saya 100 kali tidak bersetuju," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

"Jika beliau berkata pandangan saya tidak penting, saya juga boleh kata pandangannya tidak munasabah pada pandangan saya.

"Saya biasa mendengar dua menteri besar, Pulau Pinang dan Selangor. Jadi pada saya tiada bezanya dengan pandangan ketua menteri Sarawak," katanya. -Malaysiakini



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ArblU8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.