Hi! Welcome Back and Stay Tune! 44 tahi judi dicekup dalam 25 serbuan minggu lalu — Dev - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

44 tahi judi dicekup dalam 25 serbuan minggu lalu — Dev

Kuching: Perang terhadap aktiviti judi terus digiatkan oleh Polis Sarawak tanpa jemu.

Ini diakui Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar, yang memberitahu sepanjang minggu lalu, Polis Sarawak telah mengendalikan 25 serbuan berjaya dan menjaring 44 individu.

“Pasukan siasatan jenayah ibu pejabat kontijen berjaya melaksanakan tiga serbuan di Kuching dan Padawan, diikuti lima serbuan masing-masing oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dan Miri.

“IPD Kuching dan Padawan berjaya melaksanakan empat serbuan masing-masing manakala satu serbuan direkodkan di Kota Samarahan, Bintulu, Serian dan Sarikei.

Kata Dev, dalam usaha mengekang perjudian atas talian, serbuan berterusan terhadap kedai serbaneka 24 jam dan kedai yang menawarkan khidmat tambah nilai judi atas talian terus dilakukan.

“Sebanyak 14 serbuan dilakukan di 8 daerah tadbiran polis yang membawa kepada pangkapan 27 pembekal dan tahi judi.

“Sebanyak 40 tablet dan telefon bimbit selain wang tunai berjumlah RM6,730 telah dirampas.

Katanya, sebanyak 10 serbuan turut dilakukan terhadap penjualan 4D haram di empat daerah, yang membawa kepada penangkapan 10 individu yang bertindak sebagai ejen jualan.

“Wang tunai sebanyak RM2,184 telah dirampas daripada mereka selain telefon bimbit, pencetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis.

Pada jam 4.10 petang semalam katanya, sepasukan anggota siasatan jenayah Miri telah menyerbu gelanggang sabung ayam di Kampung Lusut Jaya, Miri dan menahan tujuh individu selain merampas peralatan judi serta “manok sabung” hidup dan mati.

“Daripada keseluruhan 44 yang ditahan, 34 adalah lelaki dan kesemua suspek berusia 15 hingga 67 tahun, termasuk enam warga asing.

“Remaja 15 tahun yang tidak lagi bersekolah dicekup kerana menjadi ejen jualan khidmat tambah nilai judi online di Pusat Komersial Moyan, Batu Kawa.

Kesemua suspek kata Dev, ditahan dan disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Pencegahan Kekajaman Terhadap Haiwan 1962. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yWxOn7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.