Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sangkakan Sakit Jantung, Rupa-Rupanya 65 Tahun Tumor 'Tumbuh' Dalam Badan Warga Emas Hingga Berat Mencecah 3 Kg Berjaya Dibuang.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sangkakan Sakit Jantung, Rupa-Rupanya 65 Tahun Tumor 'Tumbuh' Dalam Badan Warga Emas Hingga Berat Mencecah 3 Kg Berjaya Dibuang..



New Delhi: Derita seorang lelaki sepanjang hidupnya selama 65 tahun akhirnya tamat selepas doktor mengeluarkan ketumbuhan seberat tiga kilogram (kg) yang ‘tumbuh perlahan-lahan’ di dalam badannya sejak dilahirkan.

Hemendra Gupta Arya, dari Aligarh, Uttar Pradesh, mengalami kesukaran bernafas dan sakit dada sepanjang hayatnya, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyangka ia akibat masalah jantung.


Bagaimanapun, keadaannya semakin buruk kerana mengalami kesukaran bernafas lebih teruk sebelum doktor membuat pemeriksaan lanjut dan menemui tumor berkenaan - dikenali sebagai hamartoma - di antara jantung serta paru-paru kirinya.

Hamartoma itu dikeluarkan dalam pembedahan selama tiga jam di Kolej Perubatan Jawaharlal Nehru di Universiti Muslim Aligarh.


Hamartoma tumbuh apabila tisu hilang ketika bayi membentuk dalam rahim yang menjadi tumor dan membesar.

Pakar bedah Dr Mohammad Haneef Beg berkata: “Dia hidup dengan ketumbuhan itu sepanjang hayatnya, malah ketika ditemui ia meliputi keseluruhan dada kirinya dan sudah seberat 3kg.

“Dia datang kepada kami kerana tidak tahan apabila turut mengalami kesukaran berjalan akibat kesakitan. Doktor sebelum ini gagal mengenal pasti punca masalahnya, malah selama bertahun-tahun dia diberi ubat jantung kerana itu disangka punca sakitnya.” - Daily Mail


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BJPtUM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.