Hi! Welcome Back and Stay Tune! MCA atau DAP tidak punya masa depan? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MCA atau DAP tidak punya masa depan?

DAP tidak punya masa depan - Tiong Lai
Astro Awani |  Disember 16, 2017 19:39 MYT
DAP tidak punya masa depan - Tiong Lai
Tiong Lai berkata, DAP tiada masa depan kerana tidak berprinsip dan bersemangat serta dilihat gagal membawa rakyat negara ini ke mana-mana. - Gambar Astro AWANI
ULU TIRAM: DAP disifatkan tiada masa depan kerana tidak berprinsip dan bersemangat serta dilihat gagal membawa rakyat negara ini ke mana-mana.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pembangkang di negara ini merupakan parti yang tidak mempunyai pendirian asas sebaliknya hanya memperjuangkan sesuatu untuk kepentingan parti masing-masing sahaja.

Menurutnya, ia cukup jelas, DAP sekadar mahu merebut kuasa kerana tiada teras dan nilai yang sama selain sering membuat pusingan U.

Malah kata beliau, perkara itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang menjadikan empat komponen iaitu mementingkan kerjasama, mengutamakan  perasaan hormat menghormati dan mewujudkan perpaduan serta keharmonian sebagai nilai teras perjuangan.
"Terutama DAP, mereka tidak ada prinsip dalam kerjasama. Dulu dengan Pas... kemudian PPBM. Ini menunjukkan mereka parti yang mementingkan kuasa tetapi ia tidak ada prinsip dari segi perjuangan negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Program MCA Bersama Rakyat Kawasan Parlimen Tebrau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Pei Chih, Ulu Tiram Johor.

Dalam pada itu, beliau yang Menteri Pengangkutan turut mengumumkan bahawa MCA sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan telah menghantar senarai nama calon untuk bertanding mewakili parti itu.

Katanya, surat juga telah dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN dan parti itu menunggu pengumuman rasmi daripada pucuk pimpinan.

Antara calon yang dikenal pasti di negeri itu, katanya, ialah Naib Presiden MCA, Datuk Dr Hou Kok Chung yang bakal bertanding kerusi Parlimen Tebrau dan Datuk Tan Cher Puk bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya.

"Kita mahu menang kembali kerusi DUN Johor Jaya dan beliau (Tan) adalah orang yang paling layak.

"Walaupun tewas sebelum ini, beliau tetap terus memberi perkhidmatan terbaik untuk penduduk kawasan itu serta tidak menghiraukan tekanan daripada mana-mana pihak," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BHwB8z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.