Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi Baru Dilahirkan Maut Terbakar Hidup-Hidup Berpunca Dari Mentol Lampu Inkubator Meletup Dan Terbakar.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi Baru Dilahirkan Maut Terbakar Hidup-Hidup Berpunca Dari Mentol Lampu Inkubator Meletup Dan Terbakar..


Viral di media sosial gambar-gambar seorang bayi yang baru dilahirkan beberapa jam, maut terbakar hidup-hidup. 

Dalam kejadian tragik yang dilaporkan berlaku di Hospital Wanita, Republik Dominika, Selasa lalu, kejadian berpunca dari litar pintas menyebabkan mentol lampu inkubator yang dipancarkan pada mangsa, meletup lalu menyebabkan kebakaran. 


Kejadian itu berlaku sangat pantas menyebabkan mangsa terbakar hidup-hidup sebelum disedari oleh seorang doktor yang segera bertindak mengambil mangsa dari katilnya, yang juga menyebabkan tangan doktor berkenaan melecur.

Mangsa yang masih hidup, namun berada dalam keadaan kritikal diberikan rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Hospital Robert Reid Cabral pada jam 12 tengah hari. Malangnya, mangsa yang cedera parah tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada jam 7 petang ketika diberikan rawatan.




Menurut Pengarah Hospital Robert Reid Cabral, Ricardo Alberto Elias Mergen berkata, mangsa yang dilahirkan dengan berat tiga kilogram itu melecur 50% di bahagian muka dan bahagian depan badannya. 


Sementara itu, ibu bapa mangsa terkejut dan bersedih dengan kejadian yang menimpa anak mereka. Lebih-lebih lagi ibunya yang kini berada dalam keadaan trauma.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BGIhIV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.