Hi! Welcome Back and Stay Tune! TH Sedia Tangani Penipuan Umrah - Mohamad Aziz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TH Sedia Tangani Penipuan Umrah - Mohamad Aziz



KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) bersedia menjadi orang tengah antara agensi pelancongan dan umrah dengan bakal jemaah dalam usaha menangani penipuan pakej umrah.

Ahli Lembaga Pengarah TH, Tan Sri Mohamad Aziz berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TH akan datang.

Malah, beliau akui cadangan itu wujud lantaran kepercayaan tinggi rakyat terhadap TH selama ini dalam mengendalikan ibadah Haji.

"Saya tunggu mesyuarat dan saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat. Tengok apa pandangan ahli lembaga pengarah yang lain.

"Kalau hendak serah kepada TH, ia bukanlah suatu masalah. Kita (TH) cuma tambah kakitangan sahaja.

"Kita kalau ditugaskan, kita akan kendalikan sebaik mungkin dan orang kita pun berpengalaman," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.

Malah, beliau akui cadangan itu wujud lantaran kepercayaan tinggi rakyat terhadap TH selama ini dalam mengendalikan ibadah Haji.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan supaya inisiatif itu dilaksanakan oleh syarikat swasta yang berkelayakan dan telus.

"Ramai pihak swasta yang baik dan telus untuk kendalikan inisitif ini. Jadi kenapa kita nak sekat?

"Akhirnya mereka akan hilang peluang. Jadi kita kena fikirkan cara serta orang tengah terbaik dalam kendalikan inisiatif itu," katanya.

Sebelum ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mencadangkan supaya TH menjadi pengurus tunggal dalam mengendalikan haji dan umrah jemaah negara ini.

Malah, beberapa individu lain turut senada dengan melihat kemampuan TH selama ini dalam mengendalikan haji rakyat Malaysia selama ini. - Awani


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oGgqmG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.