Hi! Welcome Back and Stay Tune! Laporan: Ada pihak tawar RM32,888 buru mangsa bunuh-gilis JB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Laporan: Ada pihak tawar RM32,888 buru mangsa bunuh-gilis JB

Sumber mendedahkan ada pihak menawarkan RM23,888 untuk sebarang maklumat sehingga menemui mangsa dan RM32,888 jika berjaya menyerahkan lelaki itu yang dilaporkan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
kes-bunuh-langgarPETALING JAYA: Ada pihak yang didakwa menawarkan ganjaran sehingga lebih RM30,000 untuk memburu lelaki yang mati ditikam dan digilis di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, sebulan sebelum kejadian pada malam Ahad lalu.
Sumber dipetik China Press melaporkan mangsa mempunyai 13 rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Sumber itu tidak menolak kemungkinan ada pihak yang mahu membalas dendam akibat pertikaian wang dalam urus niaga dadah sehingga sanggup menawarkan ganjaran tinggi untuk membunuhnya.
Sin Chew Daily pula melaporkan mangsa dibunuh kerana “dianiaya” berhutang RM150,000 dengan pihak tertentu.
Akhbar itu melaporkan mangsa sudah membayar RM100,000 dan gagal membayar baki RM50,000 kepada kumpulan 4 lelaki itu selepas tamat tempoh ditetapkan.
Menurut laporan itu, sumber mendedahkan ada pihak menawarkan ganjaran di Facebook sejak sebulan lalu, iaitu RM23,888 untuk sebarang maklumat sehingga menemui mangsa dan RM32,888 jika berjaya menyerahkan lelaki itu. Bagaimanapun, laman itu kini tidak lagi beroperasi.
Akhbar itu bagaimanapun tidak tahu jika orang yang memburu mangsa adalah kumpulan sama yang membunuhnya pada Ahad.
Seorang rakannya melalui Facebook mempertahankan mangsa dengan berkata, lelaki itu tidak akan menipu atau menindas kawasan sendiri atau sengaja mencari pasal.
Oleh itu, beliau mendakwa mangsa dianiaya pembunuh yang bukan sahaja sudah menerima RM100,000 daripada mangsa, malah memaksa lelaki terbabit membayar baki RM50,000 dan disebabkan mangsa gagal berbuat demikian, mereka bertindak membunuhnya.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam Ahad itu, mangsa berusia lingkungan 30-an mati selepas ditikam dan digilis sebuah kereta jenis BMW oleh sekumpulan lelaki.
Kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, Johor Bahru.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd pada Isnin berkata, identiti 4 suspek sudah dikenal pasti dan mereka giat mengesan kumpulan itu.
Beliau berkata, bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman dan hasil siasatan mendapati kereta BMW 520i yang dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.
“Pemilik asal berjaya dikesan dan setelah ditemu bual, kami dapati beliau tiada kaitan dengan kes ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Bb5iUX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.