Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ayati Tasrip rindu muncul di kaca TV - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ayati Tasrip rindu muncul di kaca TV

Penyanyi yang popular menerusi lagu Khazanah Dari Malaya, Ayati Tasrip, 58, mengakui masih menyimpan rindu untuk melakukan persembahan di kaca televisyen.

Kata penyanyi ini, meski masih ada undangan untuk majlis hiburan namun ramai yang menyangka dia sudah lama bersara kerana jarang muncul di media massa.

“Alhamdulillah, setakat ini undangan nyanyian masih lagi ada. Cuma bila sesekali muncul di kaca TV, ada peminat yang anggap saya sudah bersara dari dunia seni. Hakikatnya, saya masih aktif lagi menyanyi. Apa pun saya percaya pada rezeki,” katanya yang turut menanam impian untuk beraksi di pentas Gegar Vaganza (GV) jika diberi peluang.

“Sebagai penyanyi lama, sudah tentu saya ada impian untuk beraksi di pentas secara langsung misalnya di GV. Kalau ada peluang, Insya-ALLAH saya tidak akan lepaskan peluang tersebut. Sebab daripada situlah, kita boleh kembalikan keyakinan peminat pada kemampuan menyanyi secara langsung, meski sudah berusia,” kongsinya ketika ditemui di majlis pelancaran Festival Jom Makan-Makan Menggegar Sungai Buluh di Restoran Haslam, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditanya mengenai perkembangan seninya pula, penyanyi asal Perak itu bakal melancarkan single duet bersama Eric Abdullah berjudul Cinta Yang Terlarang. Berkonsepkan Pop Rock, lagu duet yang dimuatkan daripada album penyanyi lelaki berkenaan dijangka akan dilancarkan pada bulan ini juga.

“Bila ada individu yang tawarkan saya untuk berduet sama, saya sambut dengan hati terbuka kerana mengapa tidak untuk kita lakukan sesuatu yang boleh memajukan industri,” akui Ayati yang pada masa sama turut aktif berpersatuan dan terlibat di dalam aktiviti kemasyarakatan melibatkan penggiat seni.

Sementara itu, Festival Makan-Makan Menggegarkan Sungai Buluh yang bakal berlangsung pada 22 sehingga 25 Disember depan di Parkir Rahman Putra, Sungai Buluh bakal menghimpunkan barisan selebriti yang akan turut sama memeriahkan program.

Antaranya ialah Azlee (Senario), Joe Aziz, Jamalul Hayat, Karl Dinamik, Chef Yang Jamil dan ramai lagi.

Program anjuran JJ Double Event itu juga menjadi platform terbaik di dalam menyatukan masyarakat di kawasan sekitar selain memberi pendedahan kepada kepelbagaian menu menarik yang ada di negara ini.

Pengarah Biro Perhubungan dan Karporat Yayasan Bina Insan Malaysia (YBIM), Muhammad Hanis @ Hans Datuk Azman Atar menambah, festival yang bakal dijalankan secara jelajah ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu insan memerlukan.

“Selain bertindak sebagai pengacara untuk program berkenaan, misi kami juga adalah bagi mengumpul dana untuk membantu golongan sasaran selain menjana dana bagi menampung salah sebuah masjid di Bukit Rahman Putra,” kongsinya.

The post Ayati Tasrip rindu muncul di kaca TV appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yW5hhE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.