Hi! Welcome Back and Stay Tune! Murid 12 tahun antara 100 penagih dadah ditahan di P. Pinang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Murid 12 tahun antara 100 penagih dadah ditahan di P. Pinang

GEORGE TOWN: Murid 12 tahun antara 100 penagih dadah ditahan dalam Ops Perdana Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di sini bermula Jumaat hingga semalam.

Kesemuanya 11 pelajar sekolah ditahan dalam operasi itu, kata Ketua Penguatkuasa AADK Pulau Pinang Nasruddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, seramai 120 orang diperiksa dan mendapati 100 orang termasuk tiga wanita ditahan kerana positif pelbagai jenis dadah.

"Apa yang paling menyedihkan, dalam operasi itu kami turut menahan 11 pelajar sekolah termasuk paling muda berusia 12 tahun iaitu murid tahun enam," katanya di sini hari ini.

Katanya dua daripada 100 penagih dadah yang ditahan itu memiliki syabu serta heroin dan mereka diserahkan kepada polis kerana turut didapati mengedar dadah.

Semua 100 penagih dadah berusia 12 hingga 72 tahun itu dihantar ke Pusat Tahanan Reman AADK Kampung Selamat untuk direman antara tujuh hingga 14 hari bagi siasatan lanjut, katanya.

"Operasi bersepadu dengan kerjasama polis dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu akan diteruskan dari semasa ke semasa," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Murid 12 tahun antara 100 penagih dadah ditahan di P. Pinang

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ByY5L2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.