Hi! Welcome Back and Stay Tune! Visi Erdogan Untuk Baitulmuqaddis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Visi Erdogan Untuk Baitulmuqaddis



ANKARA, Turki – Presiden Recep Tayyip Erdogan kelmarin menyuarakan harapan untuk Turki membuka kedutaannya di Baitulmuqaddis Timur dalam negara Palestin sedikit masa lagi.

Erdogan mengetuai kecaman dunia Islam terhadap langkah AS yang mengiktiraf kota suci itu sebagai ibu kota Israel dengan memanggil sidang luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul minggu lalu.

Pada sidang OIC tersebut, pemimpin-pemimpin Islam menggesa dunia supaya mengiktiraf Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Israel menjajah Baitulmuqaddis susulan kemenangannya dalam perang Asia Barat pada tahun 1967, tindakan yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.

“Oleh kerana Baitulmuqaddis Timur masih ditawan, kita tidak boleh pergi ke sana dan membuka kedutaan.

“Namun, dengan izin Tuhan hari tersebut sudah dekat dan kita boleh membuka kedutaan kita di sana,” kata Erdogan ketika berucap kepada parti pemerintah pimpinannya di bandar Karaman tanpa memberikan tarikh tertentu untuk berbuat demikian.

Turki mempunyai sebuah konsulat besar di Baitulmuqaddis. Ankara menjalinkan hubungan diplomatik penuh dengan Israel namun, seperti juga negara-negara lain, kedutaannya terletak di Tel Aviv.

Dalam perkembangan sama, Erdogan sekali lagi mengutuk keputusan Trump mengisytiharkan Baitulmuqaddis ibu kota Israel dan rancangan memindahkan kedutaan AS ke kota suci itu dengan berkata, orang Yahudi tidak berhak menuntut Baitulmuqaddis yang merupakan ‘ibu kota umat Islam’.

“Tolong berhenti di sini dan kepada Rejim Zionis, jangan cuba melancarkan sebarang operasi baharu. Buruk padahnya jika berbuat demikian,” tambahnya.

Presiden Turki itu juga memuji keputusan sidang luar biasa OIC pada 13 Disember lalu yang menampilkan negara-negara Islam di mata dunia. – AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oLgul4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.