Kematian Misteri Pasangan Bilionair Kanada Undang Siasatan Polis
MONTREAL, Kanada – Unit jenayah polis Toronto mengambil alih siasatan kematian mencurigakan bilionair farmaseutikal Kanada, Barry Sherman dan isterinya, Honey, kata pihak berkuasa kelmarin.
“Punca kematian kedua-dua mangsa adalah ikatan yang memberikan tekanan pada leher,” kata polis dalam satu kenyataan susulan bedah siasat terhadap mayat Sherman, 75, dan isterinya yang berusia 70 tahun.
Pada pukul 11.44 pagi (waktu tempatan) Jumaat lalu, polis bergegas ke kediaman pasangan itu di jalan Old Colony Road, Toronto selepas menerima panggilan kecemasan.
Media tempatan memetik sumber polis sebagai berkata, mayat pasangan itu ditemui tergantung pada pagar besi sebuah kolam di tingkat bawah tanah yang menjurus kepada teori bilionair itu membunuh isterinya dan menggantung mayat mangsa pada pagar tersebut sebelum menggantung diri.
Namun, ahli keluarga mereka menolak spekulasi itu.
“Ibu bapa kami berkongsi keterujaan dalam kehidupan dan komited kepada keluarga mereka serta masyarakat,” kata keluarga Sherman dalam satu kenyataan.
Semasa kematiannya, Sherman yang mengasaskan firma Apotex dalam tahun 1974 dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak AS$3.2 bilion (RM13 bilion) oleh majalah Forbes. – AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2D3rSMD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment