Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amaran angin kencang dan laut bergelora terus diumum di perairan Sarawak — Met Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amaran angin kencang dan laut bergelora terus diumum di perairan Sarawak — Met Malaysia

KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (Mets Malaysia) mengeluarkan “Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora” (Kategori Ketiga) hari ini berikutan angin kencang Timur Laut membadai dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter di beberapa kawasan di negara ini.

Amaran itu dijangka berlaku di perairan utara Reef South dan timur laut Bunguran sehingga Khamis depan dengan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (Kategori Kedua) pula dikeluarkan berikutan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di kawasan perairan Bunguran dan selatan Reef South, juga sehingga Khamis.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini juga berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Di perairan Sarawak katanya, angin kencang Timur Laut membadai dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Pada jam 6 pagi tadi, amaran cuaca buruk dikeluarkan bagi memaklumkan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan di Bahagian Limbang dan Miri sehingga esok.

Hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di Bahagian Kuching, Samarahan, Serian,Sri Aman (Daerah Sri Aman), Betong, Sarikei, Mukah, Sibu dan Bintulu, juga sehingga Rabu, yang meletakkan semua pihak dalam keadaan berjaga-jaga.

Berdasarkan laporan jam 11.30 pagi tadi, Kuching dilapor mendung, Samarahan cerah manakala hujan turun di Serian dan Sri Aman.

Betong pula dilapor mendung manakala Sarikei hujan dan Sibu cerah.

Kapit dan Mukah dilapor hujan, Bintulu cerah manakala Miri dan Limbang hujan. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Bcu8Uj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.