5 Sifat Suami Yang Boleh Membuat Perkahwinan Lebih Tahan Lama Dan Berkekalan. Wanita Wajib Baca Ini...
Jika anda berfikir bahawa kebanyakan wanita hanya akan melihat gambaran fizikal atau material saja ketika ingin berkahwin dengan seorang lelaki, maka kamu salah. Kerana saat memilih seseorang untuk dijadikan suami, perkara yang paling penting adalah sifat dari lelaki tersebut.
Nah, apa sajakah sifat-sifat suami yang boleh bikin perkahwinan bahagia, berikut ini ada beberapa contohnya, semoga dapat memberi inspirasi.
1. Mengutamakan isteri dan anak
Ada suami yang lebih mengutamakan sahabat dan kawan-kawannya, ada juga yang lebih mengutamakan ibu kandungnya, bukannya tidak baik, tapi jika ingin pernikahan bahagia, jadikanlah isteri dan anak sebagai keutamaan utama.
Bagaimana pun... suamilah yang kelak bertanggungjawab keatas isteri dan anak-anaknya. Maka, jika ada pilihan antara percutian keluarga dengan perjumpaan khas bujang-bujang kampus misalnya, maka utamakanlah bercuti bersama keluarga walaupun hanya sekadar berkunjung ke rumah mentua atau jalan-jalan ke mall.
2. Mau mendengar keluh kesah isteri
Sifat yang satu ini jarang dimiliki kaum lelaki. Biasanya suami merasa isteri terlalu cerewet, selalu mengatakan hal-hal yang tidak penting, padahal sudah fitrahnya wanita banyak bicara, kurang lebih perlu mengeluarkan 20 ribu kata perhari.
Seorang isteri sekaligus ibu yang jarang didengari oleh suaminya, atau diajak berbual santai oleh suaminya maka bahasa tubuh dan nada bicaranya akan menjadi tidak enak di hadapan anak-anaknya, cenderung untuk menjadikan anak-anak sebagai sasaran pelimpahan emosi yang tidak semestinya.
Maka, sebenarnya sudah menjadi tugas wajib suami sekaligus ayah, memberikan ruang, masa, dan suasana setiap hari bagi isterinya untuk bercakap sebagai usaha untuk sentiasa menyuburkan jiwanya. Cukup dengarkan apa yang menjadi keluh kesah isteri. Ibu yang sihat jiwanya akan dapat menjalankan tugasnya sebagai madrasah untuk putera-puterinya.
3. Lucu
Suami yang pemarah tentu saja membuat isteri dan anak takkan betah. Sementara suami yang mempunyai sifat humoris, boleh memancing senyum, biasanya cenderung boleh mempertahankan cinta isteri dan juga putera-puterinya.
Sebagaimana kita ketahui juga bahawa, Rasulullah S.A.W dan juga Ali Bin Abi Talib merupakan pemimpin rumahtangga dengan sifat lucu dan penyayang, tak hairanlah jika rumahtangga Rasulullah dan juga Ali bersama Fatimah berkekalan dan penuh barokah.
4. Mau mengalah
Sebagaimana Umar bin Khattab yang mau mengalah pada kemarahan isterinya, maka demikian jualah sebaik-baiknya para suami mau mengalahkan ego untuk memenangi hati isteri.
Sesungguhnya cara menjadi pemenang dihati wanita dengan mengalah, misalnya mau mengambilkan minum untuk isteri, mahu menyiapkan makanan dan menyuap isteri, bukan sebaliknya.
5. Mau berjuang untuk kesejahteraan keluarga
Suami yang enggan mencari nafkah, malas-malasan memberi respons kepada keperluan hidup yang semakin meningkat, tentu saja akan membuat isteri jengkel.
Akan tetapi sebaliknya, suami yang mahu bekerja dengan giat, ditambah kerja sambilan di sana-sini, tentu saja akan membuat haru hati isteri dengan kesungguhannya.
Demikianlah beberapa sifat suami yang boleh membuat perkahwinan lebih tahan lama dan berkekalan. Semoga Allah mengurniakan sifat-sifat baik ini pada pasangan hidup kita.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CEBzBf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment