Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isteri orang, janda dan anak dara ditangkap khalwat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isteri orang, janda dan anak dara ditangkap khalwat

Isteri orang, janda dan anak dara ditangkap khalwat|Seorang berstatus isteri, seorang janda anak satu dan seorang anak dara antara individu yang ditangkap khalwat bersama pasangan masing-masing oleh penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam operasi cegah maksiat sempena Tahun Baharu 2018 di sini awal pagi tadi.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar berkata, tiga pasangan yang tidak bernikah itu ditahan berdua-duaan ketika pemeriksaan dijalankan di lebih kurang 20 hotel di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Operasi pemeriksaan bilik-bilik hotel telah kita lakukan pada pagi tadi dan kita telah berjaya menahan tiga pasangan kekasih di hotel yang berlainan yang dikatakan datang ke sini untuk menyambut tahun baru bersama pasangan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama lewat hari ini.

Wan Ismail berkata semua pasangan yang ditahan berumur di antara 24 hingga 38 tahun dan antaranya warga tempatan, Pahang, Selangor, Kelantan, dan Sarawak

Pasangan berkenaan dua daripadanya merupakan penganggur, seorang tukang masak, dua orang pembantu kedai makan dan seorang pekerja pendawaian.

Semasa serbuan dilakukan kesemua mereka dikatakan dalam keadaan berpakaian tidak lengkap dan menjolok mata.

Kesemua mereka akan didakwa pada 16 April akan datang di bawah seksyen 29 Enakmen Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

The post Isteri orang, janda dan anak dara ditangkap khalwat appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CpRmX1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.