Hi! Welcome Back and Stay Tune! 9 Perkara Jahiliah Yang Dahulunya Dianggap Perkara Biasa - Bahagian 2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

9 Perkara Jahiliah Yang Dahulunya Dianggap Perkara Biasa - Bahagian 2

Dengan perkembangan teknologi terkini dan cara terbaru untuk membuat kajian, kita mungkin menganggap kita tahu segalanya tentang zaman dahulu kala atau zaman kuno. Bagaimanapun, lebih banyak kita belajar tentang kehidupan seharian mereka, lebih banya pengetahuan yang akan mengkagumkan kita disebabkan oleh beberapa amalan atau perkara yang dilakukan oleh mereka terlalu unik dan aneh bagi kita di zaman moden.

Berikut adalah 10 fakta mengenai zaman kuno yang akan membuatkan kita semua bingung dan kagum.

1. Wanita mewarnakan rambut menggunakan sulfur(belerang)

warna rambut menggunakan sulfur

Manusia telah mewarnai rambut mereka sejak zaman dahulu kala, tetapi kekurangan pengetahuan dalam bidang kimia dan penggunaan bahan-bahan yang salah kadang-kala membahayakan kesihatan mereka. Mereka juga menggunakan bahan-bahan dari tumbuhan untuk mewarnakan rambut mereka, tetapi kesannya tidak bertahan lama. Orang Yunani dan Rom pula menggunakan pewarna rambut kekal yang terdiri daripada bahan kimia yang berbeza termasuk belerang.

rambut kebiruan dan keemasan

Pada 1700-an, orang Itali gemar merendam rambut mereka yang panjang ke dalam sejenis bahan pencuci beralkali bagi mendapatkan warna keemasan untuk rambut mereka. Ramai wanita Eropah menggunakan serbuk kunyit dan belerang untuk menjadikan penampilan mereka lebih bergaya. Orang Afghanistan pula percaya bahawa warna rambut mereka yang berbeza dapat menyembuhkan sakit kepala.

2. Pengunaan bahan-bahan yang pelik untuk pembesaran buah dada

wanita zaman dahulu

Sejak dari dahulu lagi, wanita telah menggunakan pelbagai cara dan teknik untuk menambah kecantikan mereka. Tidak terkecuali adalah bahagian buah dada. Sesetengah wanita menggunakan rawatan dari sumber tropika atau "krim pembesaran" yang dicipta sendiri untuk membesarkan saiz buah dada mereka. Sementara terdapat juga wanita lain yang menggunakan minyak kelapa untuk urutan di kulit mereka.

Bagaimanapun, pembedahan buah dada yang pertama dilakukan pada 1895 oleh Vinsenz Czerny. Doktor ini perlu 'membuat' semula buah dada pesakitnya walaupun selepas beliau mengeluarkan tumor. Selepas itu, para doktor telah menggunakan pelbagai bahan yang berbeza untuk membesarkan buah dada wanita: gading gajah, bebola kaca, dan juga bahan-bahan lain.

3. Najis haiwan digunakan untuk perubatan

najis haiwan untuk perubatan

Walaupun menjijikkan, ia adalah satu fakta: manusia zaman dahulu menggunakan najis haiwan untuk menyembuh dan mengubati pelbagai jenis penyakit. Sebagai contoh, wanita Greece di zaman dahulu percaya bahawa najis buaya boleh digunakan sebagai satu kontraseptif(pencegah kehamilan) yang kuat dan dimasukkan ke dalam faraj mereka. Bagi orang Mesir zaman dahulu pula, para pahlawan meletakkan najis haiwan pada luka mereka. Najis biri-biri digunakan oleh rakyat Scotland sebagai ubat untuk cacar, dan najis khinzir yang masih baru bertindak untuk menghentikan darah yang keluar dari hidung. Sebagai nasihat: jangan sesekali mencuba semua ini di rumah anda.

4. Doktor membuat lubang di kepala pesakit untuk membebaskan roh jahat

proses pembebasan roh jahat

Para doktor sentiasa berperasaan ingin tahu tentang tubuh badan manusia dan menggunakan beberapa cara yang "dibenarkan" untuk merawat pelbagai penyakit. Salah satunya adalah Trepanation(menggali lubang). Para doktor percaya mereka boleh merawat penyakit seperti sawan, sakit kepala dan jangkitan melalui cara ini. Mereka menganggap penyakit-penyakit yang pelbagai ini adalah disebabkan oleh roh jahat yang terperangkap di dalam kepala manusia, jadi mereka membuat lubang untuk membebaskan roh tersebut.

Namun, rawatan ini telah diharamkan pada akhir Zaman Pertengahan. Melalui kajian terhadap beberapa tengkorak yang telah digali menunjukkan beberapa pesakit masih mampu hidup selepas menjalani rawatan yang sangat menakutkan ini.

5. Wanita tidak dibenarkan menangis di majlis pengebumian

wanita dilarang menangis di kubur

Majlis pengebumian di zaman Rom kuno biasanya dimulakan dengan perarakan sepanjang jalan dalam bandar. Saudara mara yang sedih dan menangis turut serta dalam perarakan itu. Semakin ramai orang yang menghadiri majlis pengebumian, menandakan si mati adalah lebih dihormati. Kadang-kadang ada keluarga yang berkemampuan akan mengupah seorang wanita khas untuk menangis dan menarik perhatian orang ramai. Untuk menonjolkan lagi kesedihan mereka, wanita ini akan mencakar pipi mereka hingga mengeluarkan darah dan juga menarik atau merentap rambut mereka.

Kemudian, tradisi ini dianggap terlalu melampau dan negatif. Orang ramai tidak dibenarkan mengupah  seseorang yang profesional untuk menangis kerana "perbuatan ini mencetuskan emosi yang berlebihan dan tidak sesuai dengan cara hidup rakyat yang mementingkan ketenangan."

6. Seorang bapa dibenarkan membunuh pasangan anak perempuan mereka

bapa dan anak perempuan di zaman rom kuno

Seorang bapa membawa pengaruh yang besar kepada seluruh ahli keluarganya, terutamanya terhadapa anak perempuan yang belum berkahwin. Jadi mereka berhak untuk memilih pasangan yang sesuai untuk dijadikan suami kepada anak perempuan mereka. Peraturannya sangat ketat, dan anak perempuan tersebut tidak boleh mengadakan hubungan intim selagi tidak berkahwin.

Seorang bapa dibenarkan untuk membunuh pasangan anak perempuannya(termasuk membunuh anak perempuannya sendiri) jika mereka didapati ada hubungan terlarang. Jika beliau hanya membunuh salah seorang dari mereka, beliau boleh disabitkan kesalahan membunuh. Fakta: wanita Rom adalah milik kekal keluarga bapanya walaupun setelah berkahwin.

7. Dalam keluarga Rom, seorang bapa boleh menjual anak lelakinya untuk dijadikan hamba, tetapi hanya sebanyak 3 kali

anak lelaki dijadikan hamba abdi

Seorang bapa adalah ketua keluarga dan memiliki kuasa mutlak ke atas isterinya, anak-anaknya dan juga kediaman. Seorang bapa juga mempunyai hak samada mahu mengekalkan bayi yang baru dilahirkan di dalam keluarga.

Para bapa telah dibenarkan untuk menjual anak lelaki mereka untuk dijadikan hamba. Jika individu yang membeli "hamba" ini tidak lagi memerlukannya, anak lelaki ini akan kembali ke pangkuan jeluarga bapanya. Bagaimanapun, ia hanya boleh dilakukan sebanyak 3 kali, jika tidak bapa tersebut akan tergolong dalam kategori ibu bapa yang teruk. Beliau juga boleh membunuh mana-mana ahli keluarganya sendiri. Namun ia dikira bernasib baik kerana tidak ramai bapa yang sekejam itu.

8. Doktor menggunakan halia untuk pemeriksaan kehamilan

kaedah pemeriksaan kehamilan zaman kuno

Kekurangan  pengetahuan dalam bidang perubatan yang lebih terperinci menjadikan para doktor tidak dapat memberi penjelasan mengapa sesetengah wanita boleh mengandung dan ada yang tidak boleh. Bagaimanapun, mereka telah menggunakan beberapa cara yang asli untuk pemeriksaan kehamilan.

Pada 1350 BC(SM), wanita dinasihatkan untuk melembabkan benih gandum menggunakan air kencing mereka. Jika benih itu tumbuh, bermakna mereka telah hamil. Satu lagi cara untuk memeriksa kehamilan adalah dengan memasukkan sedikit halia atau bawang merah ke dalam faraj mereka. Keesokan paginya, doktor akan mencium bau nafas wanita tersebut dan akan disahkan hamil jika terdapat bau halia atau bawang merah dari nafas mereka. Bersyukurlah kita kerana mempunyai kaedah perubatan yang moden pada hari ini!

9. Di zaman Mesir kuno, manusia mencukur alis kening untuk meratapi kematian kucing mereka

kucing dipuja oleh orang mesir kuno

Orang-orang Mesir kuno menyembah kucing sebagai haiwan kegemaran mereka dan percaya bahawa kucing membawa nasib yang baik kepada keluarga mereka. Bastet - dewi rumah, kucing, dan kesuburan, digambarkan sama ada sebagai kucing atau sebagai wanita berkepala kucing. Bagi mereka, kucing adalah suci, dan sesiapa yang mencederakannya akan dihukum mati.

Keluarga Mesir kuno akan meratapi kematian kucing milik keluarga dengan mencukur alis kening mereka. Tubuh kucing itu akan ditutup dengan topeng kayu, dan mumia kucing kecil akan diletakkan di makam keluarga atau di tanah perkuburan untuk kucing.

Fakta menarik: Alexander the Great, Julius Caesar, Genghis Khan, Napoleon, dan Hitler menderita Ailurophobia, iaitu rasa takut terhadap kucing.

Manusia telah banyak berubah dari segala segi setelah berabad lamanya. Pada hari ini kita tidak dapat membayangkan cara hidup orang di zaman dahulu kala. Namun jika dibuat kajian, masih ada manusia zaman sekarang yang mengamalkan cara hidup yang pelik, unik dan sukar untuk di diterima akal, mungkin hanya cara mereka yang berbeza.

Rujukan: brightside.me



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CsCyqj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.