Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anwar cuba nasib cabar Akta MKN di Mahkamah Persekutuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anwar cuba nasib cabar Akta MKN di Mahkamah Persekutuan

Ia selepas Anwar gagal mencabar Akta MKN di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Rayuan pada 2016 dan tahun lalu berdasarkan bantahan awal kerajaan.
Opposition-leader-Dr-Wan-Azizah-Ismail-and-lawyer-N-Surendran-mPUTRAJAYA: Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rang undang-undang (RUU) diluluskan secara automatik sebagai undang-undang tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Bekas ketua pembangkang itu memohon kebenaran mahkamah di bawah Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan untuk mempertikaikan kesahihan 3 pindaan pada 1983, 1984 dan 1994 terhadap Akta Perlembagaan.
Peguam Anwar, N Surendran berkata, sebelum 1993, RUU hanya boleh menjadi undang-undang selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
“Tetapi, selepas itu kerajaan Barisan Nasional telah mengambil kuasa.
“Sekarang, di bawah Fasal 66(4) Perlembagaan Persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi perkenan dalam 30 hari, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang walaupun tidak diberi persetujuan atau perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya di lobi Istana Kehakiman hari ini.
Pada Ogos 2016, Anwar memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta MKN), sehari selepas akta itu berkuatkuasa di bawah Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, kes itu ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2016, selepas Hakim Datuk Hanipah Farikullah membenarkan bantahan awal kerajaan yang mahkamah tiada kuasa membatalkan Akta MKN kecuali mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Rayuan pada 6 November lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak kes Anwar mencabar Akta MKN.
Mengulas lanjut, Surendran berkata, Anwar mencabar 3 akta itu untuk meminda Perlembagaan bagi mengembalikan kuasa mandatori Yang di-Pertuan Agong untuk memberi perkenan.
“Hakikatnya, Akta Majlis Keselamatan Negara (Akta MKN) tidak akan menjadi sah lagi.”
Sementara itu, Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan itu bertujuan memansuhkan Akta MKN.
“Kerana apa yang dibuat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong telah dijadikan satu undang-undang. Jadi, ini adalah satu (tindakan) menyalahi Perlembagaan negara kita.”
RUU Majlis Keselamatan Negara diluluskan Dewan Rakyat selepas bacaan ke-3 pada Disember 2015 dan Majlis Raja-raja pernah meminta beberapa peruntukan dalam rang undang-undang itu diperhalusi, namun ia diwartakan tanpa mendapat perkenan Agong.
Akta yang berkuat kuasa 1 Ogos 2016 itu membolehkan perdana menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai “kawasan keselamatan” dengan membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.
Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu “kawasan keselamatan”. - Mkini


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Cbi8z3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.