Belia Malaysia Habiskan 4 Jam Sehari Layari Media Sosial.
Purata golongan belia negara ini mempunyai empat akaun media sosial dan menghabiskan selama empat jam sehari melayari media sosial berbanding trend masyarakat dunia kini, dua jam sehari.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, golongan berkenaan yang berusia 15 hingga 40 tahun merupakan 77 peratus daripada lebih 24 juta pengguna internet di negara ini.
Menurutnya, statistik itu berdasarkan dapatan kajian pengguna internet yang dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada tahun lalu.
Katanya, statistik Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia juga menunjukkan kira-kira 63 peratus belia menggunakan laman sosial pada masa lapang mereka.
“Ini jelas menunjukkan betapa signifikannya pengaruh internet dalam kehidupan seharian belia Malaysia.
“Namun begitu, sejak kebelakangan ini statistik aduan berkaitan media baharu pula menunjukkan peningkatan bilangan terutama yang berkaitan kandungan sumbang, palsu, mengancam dan jelik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Advokasi Melalui Penglibatan Strategik Antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Berdasarkan laporan ‘Pew Social Media Update 2016’ trend masyarakat dunia kini, menghabiskan masa selama dua jam sehari di media sosial.
Dalam pada itu, Jailani memberitahu, sejak 2015 sehingga Oktober lalu, SKMM telah menyekat sebanyak 5,044 laman web melibatkan pelbagai kesalahan yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CEBH3H
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment