Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aishah bakal bertanding PRU14? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aishah bakal bertanding PRU14?

“ITU soalan cepu emas, saya pun tak tahu jawapan itu, kita tengok dulu,” demikian ujar penyanyi Aishah tatkala ditanya sama ada beliau bakal menjadi calon pada PRU14 nanti.

Bercerita lanjut mengenai dunia politik Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah  Wan Ariffin berkata, pada asalnya beliau sendiri tidak berminat untuk menceburi bidang politik.

“Saya sebenarnya tidak pernah sejak bergelar sebagai aktivis untuk menjadi ahli politik.

“Perumpamaannya adalah seperti ini…ke mana-mana sahaja saya pergi semua orang minta saya ke hadapan, walaupun saya lebih suka duduk dibelakang, dan begitulah… jadi, bagi saya sokong apa yang  dipandang dan lihat sendiri maka tak semestinya jadi ahli politik,” katanya dalam wawancara khas Live Facebook bersama Sinar Harian hari ini.

Aishah yang baru bergelar Juara Gegar Vaganza Musim keempat baru-baru ini turut mendedahkan bahawa menyertai arena politik ada banyak liku dan cabarannya.

“Misalnya selepas penyertaan saya ke dalam Pas, jemputan untuk menyanyi memang tak datang selepas itu.

“Memang saya tak nampak secara fizikal, tapi undangan tak ada,” katanya.

Aishah yang kini telah beralih arah kepada Amanah bagaimanapun berkata, nasibnya mula berubah selepas beliau memenangi GV4.

“Saya tak pernah kata saya keluar politik…kini saya sangat gembira apabila artis macam saya sebagai aktivis politik diberi peluang masih berada dalam kelompok seni dapat keluar TV.

“Itu adalah perjuangan saya, bagi saya kita boleh berkarier tanpa ideologi,  saya ada bakat jadi perlu diberi ruang untuk berkarya,” katanya lagi.

The post Aishah bakal bertanding PRU14? appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DLThC7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.