Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syafiq Kyle bintangi tiga filem pada tahun 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syafiq Kyle bintangi tiga filem pada tahun 2018

WAJAH tampan pelakon Syafiq Kyle bakal menghiasi pawagam tahun 2018 dengan tiga filem lakonannya.

Selesai membintangi filem Langsuir bersama Hannah Delisha yang dijangka muncul tahun 2018, Syafiq bakal menjengah dua set filem lain pada tahun ini.

“Untuk tahun 2018, saya sangat teruja menanti kemunculan lakonan saya di layar perak. Selepas selesai bergandingan dengan Hannah dalam filem Langsuir arahan Osman Ali, saya bakal membintangi dua filem lagi.

“Saya belum boleh mendedahkan lagi tajuk filem tersebut kerana semuanya masih dalam proses akhir. Insya-Allah, saya akan berusaha lebih bersungguh-sungguh pada tahun 2018 dan mahu mengembangkan sayap lakonan di peringkat yang lebih tinggi,” kata Syafiq.

Pelakon drama bersiri Mencintamu Mr. Photographer ini juga mahu berusaha lebih keras untuk membanggakan hati peminat yang tidak henti menyokong.

“Tahun 2017 berakhir dengan indah. Saya gembira kerana usaha saya membina nama sebagai pelakon membuahkan hasil.

“Semuanya berkat doa keluarga dan peminat yang tak berhenti menyokong. Saya menanamkan tekad untuk berusaha dengan lebih kuat bagi membanggakan semua peminat yang tidak henti menyokong,” katanya lagi.



Sumber Syafiq Kyle bintangi tiga filem pada tahun 2018

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Cq5r7k

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.