MENGADAP KESEMBILAN DULI-DULI YANG BERTAHTA…….. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARKATUH
-
Hampir semua rakyat jelata kini menderita kerana penganiayaan yang berpunca darisalahguna kuasa seorang pemimpin yang licik berdusta, tidak bermaruah, yang sanggup memusnah dan menggadaikan harta negara untuk menyelamatkan dirinya semata-mata.Ini lah luahan terkilan saorang hamba-Allah buat dikongsi setiap rakyat jelata; khususnya ditujukan kepada sembilan hamba-Allah diantara kita, yang ditakdirkan Maha Esa menjadi Sultan, DiPertuan, dan Raja; yang sewajarnya dapat membantu memperbetulkan keadaan dalam negara yang diancam malapetaka. Setidak-tidaknya diharapkan mereka sanggup mencuba sedaya upaya, dengan ikhlas, jujur, dan dengan perasaan penuh tanggungjawab buat menyelamatkan negara dan rakyat jelata yang kini kian hari kian terseksa.Berikut adalah rayuan hamba kepada semua sembilan Sultan, Yang Di-Pertuan, dan Raja,memohon jasabaik mereka untuk berbuat sesuatu demi kemakmuran negara dankesejahteraan semua rakyat jelata, serta masa depan keturunan kita di bumi yang tercinta.MENGADAP KESEMBILAN DULI-DULI YANG BERTAHTA…….. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARKATUH“Dengan penuh takzim patik memohon ampun duli-duli Tuanku terlebih dahulu; andai segala yang akan patik sembah tidak menyenangkan hati dan jiwa duli-duli Tuanku. Sembah patik adalah sembah yang jujur dan ikhlas dari saorang rakyat biasa memohon ihsan dan perlindungan dari raja-raja nya, buat menghindar dan menamatkan kekejaman pemerintah yang bebas bermaharajalela.Kesembilan duli-duli Tuanku semuanya Melayu; dan patik pun juga Melayu. Keturunan patik Melayu Asli, Rawa, Bugis, Champa, dan Patani; dan pasti juga ada darah yang lain-lain lagi. Begitu juga lah dengan keturunan duli-duli Tuanku; kalau pun ada, pasti tidak jauh dan hanya sedikit beza nya.Darah yang mengalir dalam tubuh patik juga merah seperti darah yang mengalir dalam tubuh duli-duli Tuanku. Udara yang duli-duli Tuanku dan patik hirup buat meneruskan hayat adalah udara yang sama. Pencemaran persekitaran yang boleh membawa bencana buat patik, juga boleh memudaratkan duli-duli Tuanku. Penyakit dan musibah yang mengancam patik, juga tidak kurang mengancam duli-duli Tuanku. TUHAN YANG DULI-DULI TUANKU DAN PATIK SEMBAH JUGA TUHAN YANG SATU.Biar pun zahirnya, kedudukan di antara duli-duli Tuanku dan patik serta hampir kesemua rakyat jelata seperti langit dan bumi bezanya, namun hakikat yang sebenarnya, TIADA PATIK DAN RAKYAT JELATA MAKA TIADA LAH DULI-DULI TUANKU – seperti yang sering diungkapkan “bak RAJA TIDAK BERTAHTA bak PEMIMPIN TANPA RAKYATNYA; bakMEGAH BERGAYA DI DALAM GELITA, bak CINCIN KEHILANGAN PERMATA”.
-
PIHAK YANG MANA KAH LEBIH MEMERLUKAN YANG MANA; DAN SIAPA KAH YANG SEBENARNYA MENUMPANG SEGALA KEGEMILANGAN DAN KUASA? Apa pun, yangsahih, hakikat sebenarnya adalah KEDUA-DUA PIHAK JELAS SALING MEMERLUKAN SANDARAN BERSAMA.SEPERTI RAKYAT KESELURUHANNYA, BAIK DARI MANA PELUSUK DUNIA ASAL DAN KETURUNANNYA, patik amat menyayangi dan mencintai tanah tumpah-darah bumi bertuah ini, MALAHAN LEBIH DARI NYAWA PATIK SENDIRI. Patik juga amat menyanjung tinggi perlembagaan negara dan sistem pemerintahan yang ada, termasuk lah INSTITUSI RAJA-RAJA. Inilah juga umumnya sentimen rakyat jelata yang tetap terpahat di jiwa dan sanubari mereka, walau pun pemimpin tertinggi kelihatan kini tidak lagi menghormati atau pun mengiktiraf semuanya ini, dan jelas bebas berbuat sesuka hati.Namun, wajib diingat, kasih sayang, penghormatan, dan ketaatan rakyat jelata tidak harus dianggap hak mutlak bagi menghalalkan salah langkah pemerintah, baik dari kalangan ahli politik yang dipilih rakyat dan dilantik, ketua-ketua badan penguatkuasaan dan pentadbiran , atau pun pembesar negara, baik dari kalangan bangsawan biar pun sultan dan raja. Wajib diingat juga, kasih sayang, penghormatan, kesetiaan dan ketaatan kepada negara melalui saluran undang-undang yang ada , bukan hanya kewajiban rakyat jelata semata-mata.Malah kewajiban yang sama, tepat dan jauh lebih berat , terletak di bahu yang memimpin. Kesemua kewajiban ini adalah syarat kepimpinan buat mereka dalam menentukan kesejahteraan, kebahagian, dan kemakmuran negara keseluruhannya; serta terhadap individu rakyat jelata yang secara umumnya telah memilih, mempersetujui, menerima, dan merestui mereka sebagai pemimpin, sultan, dan raja. Selagi kita menjadi warganegara, SEMUA MEMPUNYAI PERANAN DALAM MENENTUKAN KEMAKMURAN NEGARA.Apa kah duli-duli Tuanku juga, seperti patik dan rakyat jelata yang lain, benar-benar turut menyayangi dan mencintai negara ini? Apa kah kesemua duli-duli Tuanku benar-benar menyayangi dan menyanjungi KAMI RAKYAT JELATA, seperti patik semua menyayangi dan menyanjungi duli-duli Tuanku? Apa kah tiap-tiap saorang dari kita benar-benar tekad berusaha dengan jujur dan ikhlas menunaikan tanggungjawab kita yang sewajarnya?
-
Soalan ini patik ajukan kerana sedangkan negara bergolak sedemikian rupa, sedangkan penjenayah makin bermaharajalela, sedangkan undang-undang langsung diketepikan sewenang-wenangnya, sedangkan rakyat jelata ditindas dan diperas hingga tidak lagi terdaya, duli-duli Tuanku bersembilan , keseluruhannya , terus berdiam diri bak pemerhati, saolah-olah kezaliman dan penganiayaan yang berleluasa ketika ini tidak langsung duli-duli Tuanku sedari dan insafi. Ada kah ini menepati tanggungjawab duli-duli Tuanku terhadap rakyat duli-duli Tuanku sendiri sebagai tempat mereka merayu dan berlindung diri?Kenapa kah hingga sebegini berlakunya? Apa kah duli-duli Tuanku amat menagih perkenan pemimpin yang jelas rakus, tidak bertanggungjawab, penagih salahlaku dan menipu, dan yang kini dicemoh dan dihina di seluruh dunia, jauh lebih dari perkenan rakyat yang menyanjungi duli-duli Tuanku? Mungkin kah ada kebenarannya andaian kian ramai yang duli-duli Tuanku TELAH JUGA DIBELI OLEH PEMIMPIN DURJANA INI, langsung tidak ubah seperti pengikut-pengikutnya yang tidak berperinsip dan bermaruah? APA KAH INI YANG TELAH PUN BENAR-BENAR BERLAKU KEATAS DIRI DULI-DULI TUANKU?Ini kah gambaran terkini martabat sebenarnya raja-raja Melayu, yang dulunya menjadi teras keutuhan bangsaku? Sungguh menghampa dan mengecewakan apabila jelas dan nyata tanggungjawab duli-duli Tuanku kepada rakyat jelata tidak lagi kini mempunyai apa-apa makna. Sanggup kah duli-duli Tuanku membiarkan keadaan ini berlarutan dan melihat rakyat duli-duli Tuanku dianiayai dan menderita berterusan?Keadaan dalam negara sekarang ini jelas kian hari kian menghampiri malapetaka yang langsung tidak diduga, semata-mata kerana angkara pemimpin durjana yang tidak lagi menghormati walau pun seinci segala sumpah dan janji. Ini lah jenis manusia sombong dan angkuh yang menganggap dirinya jauh lebih bijak dari yang lain; manusia yang hilang arah dan pedoman diracuni tamak haloba dan kerakusan; manusia yang telah bertukar belang menjadi petualang yang memusnahkan segala yang telah dibina dan terlaksana. Iniah punca yang kini dan bakal memusnah negara, dan institusi-institusi yang ada.Kini rakyat tidak lagi dapat menyoal atau mempertikaikan sesuatu jika tidak direstui oleh pemerintah, degan tujuan buat menentukan setiap salah langkah dan segala jenayah tidak dapat didedah. Keseluruhan badan penguatkuasaan hanya menumpukan perhatian kepada perkara yang diarah, yang jelas memihak dan berat sebelah.Macam-macam, dan terlalu banyak, tindak tanduk yang bodoh, yang kejam, yang tidak beretika, yang diluar kebiasaan, malahan yang di luar undang-undang yang telah dilakukan oleh si petualang ini dan rakan-rakan, hingga tidak mungkin dapat disenaraikan. Segala salahlaku, semua tahu; satu dunia pun tahu. APA KAH DULI-DULI TUANKU TIDAK TAHU?
-
SEDANGKAN KEPAYAHAN dan KEPERITAN RAKYAT JELATA terus tidak dipedulikan, kian rancak pula bermacam-macam angkara sampingan yang diada-adakan. PERKARA YANG KECIL; YANG REMEH-TEMEH ; SENGAJA DIBESAR-BESARKAN ASALKAN DAPATDIJADIKAN ALASAN BUAT MENGHUKUM ATAU PUN MEMUDARATKAN SESIAPA SAHAJA YANG MENENTANG SEGALA KESALAHAN DAN PENIPUAN.PERKARA YANG DUA DEKAD TELAH BERLALU kini diungkit-ungkit, diputarbelit, bak busut lama yang ditambun semula dijadikan bukit, tujuan dibuat BAHAN PENYIASATAN BARU, YANG KEPUTUSANNYA TELAH PUN DITENTUKAN TERLEBIH DAHULU.Yang terbaharu; isu “KETURUNAN BUGIS” dipanjang-panjangkan tidak habis-habis. Bara yang kecil DIKIPAS, DIHEMBUS, dan DITIUP si PENJENAYAH dan konco-konconya, hingga kini merebak ka-ISTANA. Walau sekali pun Baginda mungkin mudah dihasut dan diperalatkan, rakyat yang TAAT dan JUJUR tidak akan sekali-kali mengambil kesempatan sedemikian,yang hanya MENCEMAR dan MENJATUHKAN MARTABAT Baginda Sultan.Di masa yang sama si PENJENAYAH ini terus semakin sombong, kian BERANG sambil GENDANG PERANG DIPALU setiap ketika dan waktu. Kata-katanya dilafaz dengan bengis berkedut muka, semakin kasar, terjerit-jerit kian naik nada suara; kian NYARING SEPERTI DIRASUK PUAKA. Setiap kelakuan amat tepat dengan WATAK PENJENAYAHNYA, dansama sekali tidak seperti PEMIMPIN NEGARA yang sopan dan masih sempurna pemikirannya.MUNGKIN KAH INI HELAH TERAKHIR PENJENAYAH TERDESAK INI YANG SENGAJA MENGEMBALA NEGARA KA-ARAH HURUHARA UNTUK MENYELAMATKAN DIRINYA?Dalam begitu banyak salah dan silap perilaku si penipu, satu-satunya MUSLIHAT LAKNAT yang PALING MENGHIMPIT KEROHANIAN RAKYAT, adalah MENGHALANG HAK ASSASI MEREKA SEBAGAI MAKNUSIA BERTAMADUN; CELIK PELAJARAN DAN PEMIKIRANUNTUK BERSUARA DI ATAS KEBENARAN. INI LAH SATU-SATUNYA KEWAJIBAN DITUNTUTOLEH SEMUA AGAMA – KEWAJIBAN MEMBELA YANG BENAR DAN TIDAK BERDOSA;KEWAJIBANYANG KINI DIHALANG SI PETUALANG DURJANA.JELAS SEKALI NEGARA KITA SEDANG BERADA DI AMBANG BINASA.Sungguh pun dosa bukan kita maknusia yang menentukannya, yang ketara diseluruh dunia adalah begitu besar dan terlalu banyak kesalahan petualang ini terhadap tanahair dan negaranya; dan begitu juga tidak kurangnya kesalahan mereka yang giat menyokong dan turut berkomplot serta ghairah berterusan memuji-buta dan mendewa-dewakannya. APA KAH SEGALANYA YANG PATIK KATAKAN INI DULI-DULI TUANKU JUGA TIDAK TAHU?
-
Apa kah jampi serapah yang si penjenayah tidak bermaruah ini ada, hingga hampir semua rabun dan buta: hingga beribu pembesar Negara dan Sembilan sultan dan raja yang dahulunya berdiri teguh diatas kebenaran, kini berterusan sunyi sepi tidak kedengaran? Apa kah tiga puluh juta rakyat jelata yang celik segalanya sanggup membiarkan petualang ini terus menjijikkan nama negara dan membebankan masa depan keturunan mereka?Sihir apa kah yang dapat membisukan SEMBILAN TAHTA HINGGA TIDAK BERUPAYA MEMBELA RAKYATNYA; sedangkan jiran tetangga kita dengan hanya SAORANG RAJA TETAP MENCUBA, DAN MAMPU MEMPERBETUL DAN MEMBASMI KEPINCANGAN DAN SALAHLAKU PEMERINTAHAN yang mengancam negara mereka?Inilah keadaan ; dan inilah yang menjadi persoalan. Dalam negara yang kian menghampiri malapetaka; dalam suasana yang amat genting sebegini rupa; sedangkan rakyat jelata diseksa, ditindas, dianiaya; sedangkan kebebasan sudah tiada dan rasuah berleluasa; apabila rakyat kian resah gelisah menanggung sengsara; sedangkan yang bersalah, bermegah-megah dan mewah, semakin sombong dan angkoh, kian lantang bersuara mendabit dada…………..PERSOALAN yang wajib ditanya: KENAPA KAH MANUSIA DURJANA INI MASIH DIBIARKAN BERKUASA? APA MUNGKIN DULI-DULI TUANKU TAHU JAWABANNYA?Sungguh aneh, sungguh menakjubkan. Apa kah kita begitu dayus, pengecut, dan langsung tidak bermaruah hinggakan begitu senang disogok atau diugut si penjenayah? Apa kah kita tidak malu dipandang hina oleh dunia bukan sahaja kerana pemimpin yang tidak bermaruah, tetapi LEBIH-LEBIH LAGI KERANA KITA, RAKYAT JELATA, PEMBESAR NEGARA, SULTAN DAN RAJA, JUGA TURUT TIDAK BERMARUAH, PENGECUT DAN DAYUS, TIDAK SANGGUP MENENTANG PENJENAYAH DAN PERASUAH?DI MANA KAH LETAKNYA MARUAH BANGSA YANG BERPENDIRIAN SEDEMIKIAN?Patik MEMOHON, patik MERAYU, buat mendapat belas ihsan duli-duli Tuanku untuk berikhtiar ATAS YANG BENAR dan BERBUAT SESUATU. Rakyat jelata hanya menagih KEBENARAN, KEADILAN, dan KEIKHLASAN dan selagi itu dijadikan pegangan, yakin dan percayalah RAKYAT JELATA AKAN SETIA DIBELAKANG DULI-DULI TUANKU.Ampun Tuanku – semua yang patik katakan ini adalah luahan yang tepat mencerminkan kebimbangan dan keresahan majoriti rakyat. Ini bukan dakyah pihak-pihak tertentu; ini bukan politik murahan atau penipu; ini merupakan rayuan dari hati rakyat yang amat bimbang dan semakin marah bercampur pilu, tidak ubah seperti anak yang terbiar, dan didera tanpa sedikit pun pembelaan dari ayah dan ibu.Banyak perkara yang harus dibimbangkan dan memerlukan pembetulan dan keadilan; tetapi banyak lagi perkara yang menimbulkan kemarahan, kebencian, kesangsian, dan perasaan meluat rakyat yang semakin hari semakin meningkat. Contohnya – sombong dan megah, menunjuk-nunjuk, bermewah-mewah tampa sudah, termasuk dikalangan keluarga dan saudaramara mereka, sedangkan rakyat jelata mengeluh sangsara. Walau pun tidak salah jika sekali pun segala yang dimegah bukan kerana rasuah, perilaku sebegini adalah sesuatu yang tidak bijak; menjijikkan akhlak; menjadikan rakyat meluat dan marah.
-
Diantara beberapa kebimbangan, mungkin ini lah yang paling membimbangkan – AMARAH RAKYAT JELATA –satu emosi yang boleh mengenepikan pemikiran rasional; yang jika tidak lagi dapat dikawal dan dibendung akan meluak dan boleh menggegarkan negara; dan yang jika dibiarkan berlarutan, berkemungkinan akan memusnah segalanya, mungkin juga system pemeritahan yang ada, termasuk institusi raja-raja. INI LAH SATU-SATUNYA KEMUNGKINAN YANG PALING MEMBIMBANGKAN.Namun inilah KUASA SEBENAR dan MUKTAMAD dalam mana-mana negara di dunia – KUASA MAJORITI RAKYAT JELATANYA. Setiap yang di lakukan pemimpin, pembesar, dan pentadbir negara adalah dengan izin, restu dan kerelaan rakyat jelatanya mengikut undang- undang dan peraturan, selaras dengan sistem pemerintahan yang dipersetujui semua. Inilah hakikat yang WAJIB SEMUA FAHAM DAN MENGERTI; tetapi malangnya seperti semua pemimpin dan pembesar di negara ini SUDAH LUPA SAMASEKALI.Emosi yang mewarnai segala ini lah yang mempengaruhi kelakuan tiap-tiap sesaorang, baik dari segi dalaman atau luaran. Ini lah yang amat jelas kelihatan sudah mula mempengaruhi pemikiran, kelakuan, dan perasaan rakyat sekarang, dan seterusnya, tindak tanduk mereka di saat-saat keadaan ditakdirkan menjadi tidak lagi tenteram dan aman – NA’UZUBILLAH.Ampun Tuanku; seperti yang telah patik katakan dari mula, semua warganegara adaperanannya. Keadaan dalam negara memerlukan ikhtiar pihak tertentu memperbetulkan segalanya, supaya apa yang amat dikhuatiri tidak berlaku. Percaya lah, pembetulan yang wajib dibuat, jauh lebih baik dan selamat SEBELUM KEADAAN DITANGANI RAKYAT.Buat mengakhiri, patik sekali lagi memohon ampun atas segala tuturkata patik yangmungkin kedengaran kasar atau kurang tertib. Namun segala yang patik sembahkan adalah dengan penuh keikhlasan dan kesedaran, dengan niat dan tujuan menunaikan, tidak lain dan tidak bukan, kewajiban saorang insan rakyat watan. Sekian; wassallaam.”PATIK YANG MASIH LAGI SETIA DAN MASIH LAGI MENARUH KEPERCAYAAN KEPADA PERLEMBAGAAN DAN JUGA INSTITUSI RAJA-RAJA
✍ Sumber Pautan : ☕ steadyaku47
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lCrBsT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment