Hi! Welcome Back and Stay Tune! Raja, Ratu Media Sosial 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Raja, Ratu Media Sosial 2017

TAHUN 2017 tiba di penghujungnya. Sepanjang tahun ini pelbagai cerita telah mewarnai dunia hiburan tempatan dan luar negara.

Namun, yang paling menarik perhatian Gempal adalah kemunculan ramai individu daripada media sosial yang Gempal gelar sebagai Raja dan Ratu media sosial tempatan. 

Antara yang Gempal lihat paling menonjol adalah Fathia Latiff, Iqram Dinzly, Datuk Seri Vida, Datuk Chef Wan, Datuk Aliff Syukri, Nur Sajat dan Safiey Illias.

Nama pelakon Fathia Latiff menjadi tular di media sosial selepas dikatakan aksi beliau di Bigo Live bersama seorang lagi pelakon tersebar.

Selain itu, Fathia juga aktif di Twitter yang membuatkan beberapa pandangan peribadinya mendapat perhatian umum.

Iqram Dinzly pula yang kini hanya mahu dikenali sebagai Iq, mencetuskan kontroversi apabila melakukan beberapa aksi yang dikatakan pelik di media sosial.

Malah selepas bapanya meninggal dunia, lebih banyak lagi video pelik yang dimuat naik.

Datuk Seri Vida memang tidak pernah sunyi dengan cerita-cerita yang membuatkan dirinya popular.  Antaranya kisah dia merakamkan lagu I Am Me, kemudian klip video yang dikatakan bernilai RM1 juta.

Ada antara netizen yang beranggapan, pelaburan itu sebagai satu pembaziran.  Selain itu, sepanjang Gegar Vaganza musim keempat berlangsung, Vida turut menjadi tumpuan.

Abang kosmetik, Datuk Aliff Syukri juga antara jutawan yang dianggap sering menjadi bahan kecaman di media sosial.  Antaranya, apabila Aliff turut merakamkan lagu bersama pengasas kosmetik, Nur Sajat. Lagu tersebut tidak mendapat respons yang baik, sebaliknya mendapat ‘dislike’ yang banyak berbanding ‘like’.

Kecoh juga kisah Aliff ke balai polis setelah berjaya menangkap pembantu rumahnya yang didakwa mencuri.

Datuk Chef Wan juga tidak kurang hebatnya di media sosial. Dikenali sebagai seorang yang cukup lantang memberikan pendapat, Chef Wan pernah menegur Datuk Aliff Syukri yang makan di tepi jalan di luar negara secara terbuka di laman sosialnya. 

Namun antara yang paling Gempal ingat adalah kisah Chef Wan menegur Nabil sebagai pengacara ketika berlangsungnya Gegar Vaganza musim keempat lalu. Sehinggakan Nabil sendiri memaksa dirinya untuk memuat naik video memberi penjelasan bagi membersihkan namanya.

Nur Sajat dan Safiey Illias dua nama yang berkongsi cerita yang sama iaitu mengenai isu jantina.  Sehingga ke hari ini jantina sebenar Sajat masih lagi menjadi perbalahan. Ada yang kata lelaki, ada yang kata perempuan. 

Sementara Safiey pula, nyata mengakui dia adalah lelaki dan kembali ke pangkal jalan. Namun penghujung tahun ini, Safiey kembali jadi perbualan selepas dilihat kembali menjadi ‘wanita’.

The post Raja, Ratu Media Sosial 2017 appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Cog9LH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.