Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 peminat bola sepak ditembak mati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 peminat bola sepak ditembak mati

MONTERREY: Sekurang-kurangnya tujuh orang yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak di sebuah rumah di Monterrey, sebuah hab perindustrian di timur laut Mexico, maut ditembak.

Sumber berkata insiden terbaharu itu menambah angka pembunuhan membabitkan penonton pertandingan bola sepak di negara terbabit yang mencatatkan 25,000 kematian tahun lalu.

Ia mencecah rekod tertinggi dalam tempoh dua dekad.

Dalam serangan itu, empat penyerang bersenjata memakai hud memasuki rumah di bandar raya itu dan mengancam 20 orang yang sedang menonton perlawanan bola sepak, kata sumber di pejabat pendakwa raya.

Sebahagiannya diarah ke bilik air dan ditembak, kata sumber yang memetik kenyataan saksi.

Seperti kebanyakan daerah lain di Mexico, Monterrey berhadapan keganasan berkaitan dadah sejak beberapa tahun ini.

Pada 2006, kerajaan melancarkan operasi antidadah yang disifatkan pengkritik cuma membawa kepada lebih banyak pembunuhan dan serangan. - AFP



Sumber 7 peminat bola sepak ditembak mati

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rMTF21

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.