Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guru rotan tangan budak tiga tahun dipecat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guru rotan tangan budak tiga tahun dipecat

Ketua polis Ipoh berkata siasatan awal mendapati suspek seorang guru taska mengaku merotan mangsa di tangan kanan sehingga bengkak. — Paparan skrin GoogleKetua polis Ipoh berkata siasatan awal mendapati suspek seorang guru taska mengaku merotan mangsa di tangan kanan sehingga bengkak. — Paparan skrin GoogleIPOH, 28 Jan — Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mengalami kecederaan pada tangan kanan, dipercayai akibat dirotan oleh seorang guru di sebuah taska di Bercham di sini pada Rabu lalu.

Ketua  Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 45 tahun pagi semalam setelah disahkan oleh doktor bahawa kecederaan pada tangan anaknya itu berpunca daripada dirotan.

"Pada hari kejadian kira-kira 7.45 pagi,  ibu mangsa menghantar anaknya ke taska di Taman Lindungan Bercham Indah dalam keadaan baik.

"Kira-kira 6 petang wanita berkenaan mendapati terdapat kesan luka pada tangan kanan anaknya sebelum diberitahu oleh dua guru taska berkenaan bahawa mangsa menggaru tangannya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata ibu mangsa bersama guru taska terbabit telah pergi ke sebuah poliklinik di Taman Ipoh Permai pada Jumaat dan diberitahu oleh doktor yang merawat bahawa tangan anaknya telah dijangkiti kuman akibat dirotan.

Sehubungan itu, Mohd Ali berkata ibu mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Bercham kira-kira pukul 10 pagi semalam dan pemilik serta penyelia taska juga telah tampil memberi keterangan.

Katanya hasil siasatan awal mendapati suspek seorang guru taska berumur 32 tahun mengaku merotan mangsa di tangan kanan sehingga bengkak.

Suspek juga telah diberhentikan kerja serta-merta bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

"Pihak polis akan memanggil suspek untuk memberi keterangan berhubung insiden tersebut," katanya. — Bernama



Sumber Guru rotan tangan budak tiga tahun dipecat

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GpXKg7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.