Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ada Kejutan Istimewa Hari Persandingan Esok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ada Kejutan Istimewa Hari Persandingan Esok

PUTRAJAYA — “Tiada Usher tetapi akan ada kejutan istimewa.”

Demikian jawapan ringkas Yuna, ketika ditanya media sama ada penyanyi terkenal Usher, pasangan duetnya dalam lagu hit berjudul ‘Crush’, akan hadir ke majlis persandingannya bersama pasangan Adam Yousof Mohamed Sinclair, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini esok.

Yuna, atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai yang mengukir nama di Amerika Syarikat, bagaimanapun berkata beliau ada menjemput beberapa rakan artis dari negara berkenaan termasuk bekas peserta The Voice, Dez Duron.

“Mereka akan hadir dan biarpun tiada kehadiran Usher, hari istimewa esok pastinya akan ada kejutan istimewa,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenainya ketika sidang media bersama suaminya di PICC hari ini.

Semalam, Yuna, 31, dan Adam, 33, selamat dinikahkan dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong.

Mengulas mengenai perancangan selepas kahwin, Yuna berkata beliau dan suami merancang untuk menetap di Amerika Syarikat namun akan tetap selalu pulang ke Malaysia memandangkan anggota keluarga mereka masih di sini (Malaysia).

“Semestinya karier akan diteruskan seperti biasa dan pada masa sama saya mahu suami sentiasa berada bersama saya,“ katanya yang bakal melancarkan album baharu pada pertengahan tahun ini.

Tambah Yuna, 2018 merupakan tahun yang agak sibuk untuknya kerana beliau akan mengadakan siri jelajah ke beberapa lokasi bagi mempromosikan album baharunya sejurus dilancarkan nanti.

Bagaimanapun kesibukan dalam bidang nyanyian tidak menghalang pasangan merpati dua sejoli ini untuk merancang lokasi bulan madu mereka.

“Mungkin kami akan berbulan madu di sekitar Eropah, Asia atau di Amerika Selatan,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EigHR2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.