Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mufti: Taubat paling baik buat Dr M ialah kembali jadi PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mufti: Taubat paling baik buat Dr M ialah kembali jadi PM

wan-salim-mahathir

 | January 25, 2018
Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata lebih baik bekas perdana menteri itu membetulkan kerosakan lalu daripada berdoa semata-mata.
GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang berkata taubat paling baik buat seorang ahli politik seperti Tun Dr Mahathir Mohamad ialah kembali membetulkan kezaliman dan kejahatan yang dikaitkan dengannya.
Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata orang Islam harus faham bahawa taubat bukan sahaja diucapkan melalui kata-kata seperti beristighfar tetapi yang lebih utama dilakukan dengan perbuatan dan amalan.
“Jika seorang hamba Allah yang pernah menjadi pemimpin atau pemerintah dan banyak melakukan kezaliman dan kejahatan ketika memimpin rakyat jelata dan memerintah negara, maka taubat yang paling baik ialah dengan menegakkan keadilan dan melakukan kebajikan jika dia berpeluang kembali berkuasa.
“Jadi jika Dr Mahathir ada berniat untuk bertaubat dengan cara yang demikian maka eloklah jika dia kembali memegang kuasa dan menjadi pemimpin negara sekali lagi,” katanya kepada FMT.
Wan Salim mengulas kenyataan penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin baru-baru ini, yang antara lain menyeru Dr Mahathir masuk sekolah pondok dan bertaubat atas dosa-dosanya semasa memerintah negara selama 22 tahun.
Dr Mahathir, 93, yang mempengerusikan Pakatan Harapan, adalah calon gabungan itu untuk perdana menteri.
Salim berkata orang Islam yang baik mesti bertaubat daripada segala dosa dan kesalahan sementara kesempatan masih ada.
Oleh itu, sekiranya Dr Mahathir ingin kembali ke arena politik dengan hasrat untuk memperbetulkan kesilapan, maka tiada salahnya dari sudut pandangan Islam.
“Tetapi jika tujuan beliau hanya untuk kepentingan diri, keluarga atau kroni maka tindakan sedemikian adalah salah dan merupakan suatu yg tidak wajar dilakukan,” katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DJJ8u5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.