Hi! Welcome Back and Stay Tune! Parlimen tergantung? PAS pilih parti terima Islam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Parlimen tergantung? PAS pilih parti terima Islam

Abdul Hadi berkata PAS akan bergantung kepada parti yang kukuh jika andaian itu benar-benar terjadi. — Foto oleh Yusof Mat IsaAbdul Hadi berkata PAS akan bergantung kepada parti yang kukuh jika andaian itu benar-benar terjadi. — Foto oleh Yusof Mat IsaKANGAR, 28 Jan — PAS menentang keras kempen undi rosak yang menjadi tular di laman sosial dan menganggap tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab kepada agama dan negara.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Islam meletakkan politik sebagai sebahagian daripada agama dan adalah menjadi kewajipan umatnya untuk mengundi.

"Memilih pemimpin adalah satu amanah yang besar, bermakna ia adalah tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh orang Islam," katanya pada sidang akhbar di Kompleks PAS Perlis di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kempen #UndiRosak atau #SpoiltVote dan 'ProtesPRU' yang kini tular menerusi laman sosial mengajak golongan muda agar merosakkan undi pada pilihan raya umum akan datang dengan penggeraknya dilaporkan memberi alasan tiada beza sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.

Sementara itu, ketika mengulas kenyataan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai kemungkinan berlaku situasi Parlimen tergantung apabila tiada pihak menang majoriti kerusi Dewan Rakyat, Abdul Hadi berkata PAS akan bergantung kepada parti yang kukuh jika andaian itu benar-benar terjadi.

"Kalau berlaku (Parlimen tergantung) kita akan bergantung kepada parti yang kukuh dan teguh... yang mudah menerima agenda Islam," katanya.

Semalam, Tengku Razaleigh dilaporkan berkata Parlimen tergantung tidak mustahil boleh berlaku apabila Dewan Rakyat terbahagi dua dengan bilangan kerusi sama.

Katanya jika keadaan itu berlaku, semua parti harus bersama bagi membolehkan badan eksekutif dipimpin seorang ahli politik yang diterima oleh kedua-dua pihak di Dewan Rakyat. — Bernama



Sumber Parlimen tergantung? PAS pilih parti terima Islam

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GpFfby

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.