'Trauma Di Fitnah Serta Dituduh Curi Telefon Bimbit Guru.' Gadis 14 Tahun Cuba Gantung Diri!
NIBONG TEBAL: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dipercayai cuba membunuh diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya lapor mStar online.
Dipercayai, pelajar Tingkatan Dua itu cuba menggantung diri selepas gurunya menyoal siasat dirinya dan memberitahu bahawa dia akan dibawa ke balai polis.
Presiden kebangsaan badan bukan kerajaan Tamilar Kural Malaysia, David Marshel berkata, pihak sekolah itu tidak mengikuti prosedur operasi standard kerana guru tersebut menuduh pelajar itu juga dibenarkan pulang dan bertemu dengan orang tuanya.
"Saya sedang melihat perkara ini dan akan membawa ibu bapa mangsa untuk membuat laporan polis.
"Gadis itu mengalami trauma dengan insiden itu selepas berulang kali memberitahu bahawa dia tidak mencuri telefon berkenaan," katanya ketika ditemui di sekolah itu pada Jumaat.
Orang ramai yang memerlukan kaunseling boleh menghubungi Befrienders di 04-2815161/ 1108 di Pulau Pinang, 05-547 7933/955 di Ipoh, 06-284 2500 di Melaka, 06-765 3588/89 di Seremban, dan 03-7956 8144/5 di Kuala Lumpur.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNhSp4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment