Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zahid: EU terima padah jika boikot sawit Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zahid: EU terima padah jika boikot sawit Malaysia

Zahid memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan masa depan minyak sawit Malaysia terpelihara. — Foto BernamaZahid memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan masa depan minyak sawit Malaysia terpelihara. — Foto BernamaBAGAN DATUK, 28 Jan — Kerajaan akan mengkaji semula pembelian barangan daripada negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) susulan cadangan blok ekonomi dan politik itu mengharamkan biobahan api berasaskan minyak sawit menjelang 2020, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Sesebuah negara yang kita import peralatan perdagangannya, jika mereka mengambil keputusan memboikot minyak kelapa sawit, maka kerajaan kita juga akan menghentikan pembelian dari negara berkenaan.

“Mereka melakukan pelbagai usaha pemasaran supaya kita membeli barangan mereka, tetapi barangan kita (mereka) tidak mahu beli.

“Malaysia bukanlah negara yang boleh diperkotak-katikkan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hello Komoditi Bagan Datuk di sini,  semalam.

Menurut Ahmad Zahid, jika diluluskan EU, cadangan itu boleh menjejaskan pendapatan kira-kira 500,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara.

Malah, tegas beliau, keputusan itu boleh dianggap satu diskriminasi yang menjejaskan permintaan terhadap minyak sawit sebagai antara penyumbang eksport produk berasaskan komoditi terbesar dengan nilai RM71.5 bilion pada tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan masa depan sektor minyak sawit Malaysia terpelihara.

“Sektor komoditi minyak sawit merupakan tulang belakang utama yang mana sektor ini bukan sahaja menyumbang dari segi meningkatkan pendapatan negara, bahkan merupakan salah satu kegiatan ekonomi rakyat.

“Kerajaan telah memberi perhatian khusus kepada kemajuan sektor pekebun kecil sawit supaya pengeluaran hasil serta produktiviti buah sawit yang berkualiti dapat ditingkatkan dan seterusnya menambah pendapatan pekebun kecil,” katanya.

Beliau mengulas resolusi Parlimen EU pada 17 Januari lepas menerusi Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui yang mensyaratkan hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh diimport ke pasaran negara anggota blok itu selepas 2020. — Bernama 



Sumber Zahid: EU terima padah jika boikot sawit Malaysia

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOLNx4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.