Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM: BN buat jambatan, MB PAS cepat ke pejabat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM: BN buat jambatan, MB PAS cepat ke pejabat

Najib berharap semua pihak termasuk kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan pelaksanaan semua projek pembangunan. ― Foto oleh Saw Siow FengNajib berharap semua pihak termasuk kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan pelaksanaan semua projek pembangunan. ― Foto oleh Saw Siow FengKOTA BARU, 28 Jan ― Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di Kelantan adalah bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) adil kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Beliau berkata selain tidak mahu rakyat negeri ini ketinggalan, kerajaan yang dipimpinnya komited untuk memajukan Kelantan supaya setanding dengan negeri lain di negara ini.

"Slogan ikutan kerajaan pimpinan saya yakni rakyat mesti didahulukan dan pencapaian diutamakan.

"Saya juga menyatakan pembangunan kita mesti bersifat inklusif, mesti menyentuh setiap pelusuk ceruk rantau negara kita dari sempadan Siam (Thailand) sampai ke sempadan Filipina.

"Kita mesti membawa pembangunan untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan bernilai RM572 juta di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Kita tidak mahu ada sesiapa yang ketinggalan, ini berdasarkan kepada prinsip dalam agama Islam kita bahawa bila kita memerintah, Tuhan perintah kita supaya kita menjadi pemimpin yang adil kepada semua, maknanya jangan berlaku ketidakadilan, kita mesti berlaku adil.

"Sebab itulah saya berbeza dengan pendirian pendahulu saya yang menjadi pemimpin selama 22 tahun yang telah meminggirkan negeri Kelantan.

"Ini atas perbezaan politik, tapi saya berpegang walaupun berbeza politik kita mesti berlaku adil kepada semua," kata Najib dengan diiringi tepukan gemuruh daripada ribuan para hadirin.

Perdana Menteri berkata projek PLSB Sungai Kelantan, adalah antara beberapa projek besar yang sedang dan akan dilaksanakan di negeri ini untuk manfaat rakyat.

Beliau berkata projek tersebut yang akan bermula esok dan dijangka siap pada Mei 2021, akan dapat mengatasi masalah banjir yang dihadapi rakyat negeri ini setiap tahun, sekali gus melenyapkan mimpi ngeri banjir besar yang berlaku pada 2014.

"Melihatkan banjir yang berlaku pada 2014 itu bukan air banjir biasa tetapi juga lumpur yang menyebabkan rakyat menderita, saya tidak rela melihat rakyat Kelantan menderita seperti itu," katanya.

Sehubungan itu, Najib berkata dasar Transformasi Nasional akan dapat diterjemahkan bersekali dengan dasar kerajaan yang bertanggungjawab dan mengukuhkan kewangan negara.

"Kalau kewangan negara ini tidak kukuh dan tidak stabil masakan projek yang sebegini besar boleh dilaksanakan oleh kerajaan pusat di Kelantan dan negeri-negeri lain," katanya.

Projek pembangunan lain yang akan dilaksanakan di negeri ini ialah pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa sehingga boleh menampung empat juta penumpang daripada 1.3 juta orang sekarang ini.

"Jambatan (Sultan Yahya Petra) pun sudah jadi enam lorong, dulu MB (menteri besar Kelantan) mengeluh nak pergi pejabat setengah jam, sekarang ini 10 minit sahaja.

"Ini kerana jambatan ini dibuat oleh kerajaan pusat, MB Kelantan pun dapat faedah, maknanya daripada dasar kita (orang) baju biru dapat faedah, baju merah dapat faedah, baju hijau pun dapat faedah, baju oren pun dapat juga, inilah kerajaan kita," katanya.

Perdana menteri berkata apabila siap pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Pelabuhan Klang, Selangor, pertumbuhan ekonomi negeri ini akan terus berkembang dan memberi banyak faedah kepada rakyat.

Beliau berharap semua pihak termasuk kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan pelaksanaan semua projek pembangunan tersebut. ― Bernama



Sumber PM: BN buat jambatan, MB PAS cepat ke pejabat

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rJLOlT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.