Hi! Welcome Back and Stay Tune! Li aibkan McIlroy di Dubai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Li aibkan McIlroy di Dubai

DUBAI: Pemain remaja China, Li Haotong sudah bersedia berdepan sambutan luar biasa daripada peminatnya di tanah airnya selepas mengejutkan Rory McIlroy dalam aksi hebat pada sembilan lubang terakhir untuk menjulang gelaran Klasik Desert Dubai hari ini.

Pemain berusia 22 tahun itu ketinggalan dua pukulan berbanding juara kejohanan utama empat kali McIlroy dengan baki lapan lubang, namun dia terus mempamerkan semangat juang untuk mengatasi gandingannya itu dan memastikan dirinya menjadi akan pemain lelaki pertama dari China berada dalam kelompok 50 teratas sebaik ranking dunia dikemaskini.

WAJAH ceria pemain muda China, Li Haotong selepas menjuarai Klasik Desert Dubai. - Foto EPA

Apabila ditanya apakah reaksi yang bakal diterimanya di China, Li yang mendahului satu pukulan sebelum itu ketawa dan berkata: "Ia pastinya akan jadi hebat."

"Malam tadi, telefon saya bagaikan mahu meletup, serius. Terlalu banyak mesej bertulis 'oh, Haotong', di laman web dan di mana saja."

Bagaimanapun ia satu lagi minggu yang menjanjikan harapan tetapi akhirnya mengecewakan McIlroy ketika pemain berusia 28 tahun itu berhasrat mendapatkan kembali sentuhan terbaiknya selepas gagal memenanginya tahun lalu.

ANTARA aksi hebat Li Haotong pada sembilan lubang terakhir sebelum menjulang gelaran Klasik Desert Dubai. - Foto AFP

Pemain Ireland Utara itu beraksi di Abu Dhabi dalam kejohanan pertamanya musim ini minggu lalu sebelum berkongsi tangga ketiga di belakang Tommy Fleetwood, dan kelihatan kecewa selepas mensia-siakan kelebihan dua pukulan di Kelab Golf Emirates.

"Ya, saya sakit hati," katanya.

"Jika seseorang memberitahu saya pada awal tahun anda akan menduduki tempat ketiga dan kedua dalam dua kejohanan awal, saya boleh menerimanya.

Rory McIlroy (kanan) akur dengan kekalahannya kepada pemain muda China, Li Haotong pada Klasik Desert Dubai. - Foto AFP

"Namun berada dalam kedudukan saya ketika ini dan dua kali hampir menjulang kejuaraan, saya rasa begitu sukar.

"Saya fikir sukar untuk melakukannya, jiwa pejuang dalam diri saya begitu kecewa sekarang." - AFP



Sumber Li aibkan McIlroy di Dubai

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQCq02

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.