Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tetap jadi simpanan tetap BN: Realiti atau Salleh masih di alam fantasi silam? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tetap jadi simpanan tetap BN: Realiti atau Salleh masih di alam fantasi silam?

Sabah tetap simpanan tetap BN - Salleh Said
Ruzaini Zulkepli, Astro Awani |  Diterbitkan pada Januari 26, 2018 14:00 MYT
SALLEH (tengah) bersama Shamsul menunjukkan isyarat bagus pada Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 Biro Kebajikan UMNO Malaysia di Kota Belud. - Astro AWANI/RUZAINI ZULKEPLI

KOTA BELUD: UMNO negeri yakin Sabah akan terus menjadi simpanan tetap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Dr.Salleh Said Keruak berkata, Sabah tidak akan terlepas dari menjadi simpanan tetap BN kerana rakyat di negeri ini tahu parti yang benar-benar ikhlas dalam menjamin pembangunan dan kestabilan politik di negara ini.

"Sabah akan terus menjadi simpanan tetap BN kalau kita terus bekerjasama tanpa mengira siapa yang akan memimpin parti kita kerana kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 Biro Kebajikan UMNO Malaysia dengan kerjasama Biro Kebajikan UMNO Sabah dan UMNO Bahagian Kota Belud, Kampung Taun Gusi, di sini, hari ini.

Salleh turut mengingatkan rakyat agar tidak termakan dengan janji manis pembangkang yang hanya tahu menabur janji palsu setiap kali menjelang pilihan raya tetapi tidak konsisten untuk menunaikan janji.

"Sebelum ini kita telah melihat banyak parti yang telah ditubuhkan di negeri ini, namun sehingga kini terdapat juga parti yang hanya kita kenali melalui nama, kerana tujuan mereka hanya mahu memegang jawatan dan bukan berdasarkan keikhlasan untuk membantu rakyat," katanya.

Sempena program yang diadakan sejak empat hari lalu bermula di Libaran, Batu Sapi, Semporna, Tenom, Beaufort dan seterusnya ke Kota Belud hari ini, seramai lebih 10,000 penerima telah menerima bantuan.

Yang turut hadir Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk Datuk Musbah Jamli.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ElEAHe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.