Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar cuba bunuh diri: Pindah guru tidak memadai, kata PAGE - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar cuba bunuh diri: Pindah guru tidak memadai, kata PAGE

Tindakan ekstrem akan mematahkan hati pelajar yang takut-takut.

azimah-M-Vasanthapiriya-3PETALING JAYA: Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE) menyeru tindakan diambil terhadap guru yang menuduh seorang pelajar mencuri telefon bimbitnya, yang membawa kepada pelajar Tingkatan 2 itu cuba membunuh diri.

Pengerusi Datin Noor Azimah Rahim berkata sekadar memindahkan guru terbabit tidak memadai.

“Sekadar memindahkan guru itu tiak akan menyelesaikan masalah. Para guru tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya tidak kira betapa marahnya mereka dengan pelajar.

“Para guru harus sentiasa diingatkan kod etika perguruan. Ada tatacara operasi standard yang perlu dipatuhi,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata sesetengah pelajar amat menyanjung guru mereka.

“Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk guru mereka, terutama yang disukai. Jadi apabila seorang guru mengambil langkah ekstrem dalam menghukum seorang pelajar yang takut-takut, ia akan mematahkan hati pelajar itu.

“Perasaan malu yang ditanggung, terutamanya memikirkan kejadian itu akan diketahui ramai atau disaksikan oleh kawan-kawan, sangat besar sehinggakan dia cuba membunuh diri,” katanya.

Azimah mengulas kes M Vasanthapiriya, 13, dari SMK Methodist di Nibong Tebal, Pulau Pinang, yang cuba membunuh diri di rumahnya selepas rayuan tidak bersalahnya tidak didengari penuduhnya.

Vasanthapiriya sekarang dilaporkan dalam keadaan mati otak di hospital.

Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dilaporkan berkata guru terlibat dipindahkan sehingga siasatan selesai.

Timbalan Pengarah Mohd Jamil Mohamed berkata guru terlibat akan melakukan kerja-kerja pejabat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Selatan sementara siasatan dalaman sedang berjalan.

Polis juga menyiasat kes itu berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh bapa saudara Vasanthapirya.

Tidak patut berlaku

Pengarah Eksekutif Voice of Children, Sharmila Sekaran menggesa polis menjalankan siasatan secara mendalam.

“Tidak patut berlaku. Pada usia 13 tahun, masih jauh lagi perjalanan Vasanthapiriya. Kejadian ini sangat tragik.”

Sharmila yang juga seorang peguam menggesa ibu bapa Vasanthapiriya mendapatkan butiran kejadian yang membawa kepada anak mereka cuba membunuh diri.

Beliau juga berkata para guru sepatutnya tahu bagaimana menangani pelajar.

“Ada cara yang betul dan tidak betul dalam menangani sesuatu. Cara yang betul ialah bawa perubahan positif dalam pemikiran seorang kanak-kanak dan cara yang salah ialah menimbulkan rasa takut.

“Remaja sangat sensitif apabila mereka terpaksa menangani keadaan yang sangat memalukan. Mungkin Vasanthapiriya trauma. Malu dia akan dicemuh rakan-rakan dan orang lain di sekolah.”

Bagaimanapun, beliau berkata sistem pendidikan Malaysia masih lagi berdasarkan kepada menimbulkan rasa takut dalam kalangan pelajar.

“Ia bukan mengenai pengetahuan tetapi belajar melalui ketakutan.

“Selagi mereka ingat perasaan takut itu, mereka tidak akan lakukannya. Tetapi apabila mereka lupakan ketakutan itu, ia mungkin berlaku semula.”

Sharmila berkata pelajar perlukan seorang guru yang sedia mendengar suara mereka. “Setiap kanak-kanak mesti ada akses kepada orang dewasa yang sedia mendengar. Seorang guru kelas mungkin bukanlah orang yang betul.”

Beliau berkata kebelakangan ini ada banyak peningkatan laporan polis oleh ibu bapa terhadap para guru dan ini menunjukkan ada kepercayaan antara ibu bapa dan sekolah semakin terhakis.

“Tentu sekali, ada ibu bapa yang memberi reaksi melampau tetapi terdapat juga kes penderaan apabila kanak-kanak itu seorang pelajar yang lembap atau daripada keluarga yang tidak berfungsi.”


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Pelajar cuba bunuh diri: Pindah guru tidak memadai, kata PAGE

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EhQNNc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.