Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: Jihan Muse rakam lagu Adiwarna untuk anak, peminat puji suara sedap tapi rahsiakan dari Nabil dan Tok Ram takut kena bahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: Jihan Muse rakam lagu Adiwarna untuk anak, peminat puji suara sedap tapi rahsiakan dari Nabil dan Tok Ram takut kena bahan

SIAPA sangka percubaan kali pertama pengacara dan pelawak Jihan Muse mencuba nasib sebagai penyanyi nampaknya membuahkan hasil positif.

Video: Jihan Muse rakam lagu Adiwarna untuk anak, peminat puji suara sedap tapi rahsiakan dari Nabil dan Tok Ram takut kena bahan

Video: Jihan Muse rakam lagu Adiwarna untuk anak, peminat puji suara sedap tapi rahsiakan dari Nabil dan Tok Ram takut kena bahan

Lagu berjudul Adiwarna yang dilancarkan di YouTube sejak tiga hari lalu mendapat pujian peminat yang tidak menyangka mutu vokalnya setanding dengan penyanyi sedia ada.

Rata-rata menyifatkan Jihan mempunyai suara yang merdu selain berpotensi untuk perji jauh dalam bidang nyanyian sekiranya dia benar-benar serius ke arah itu.

“Jihan sangat berbakat. Mengacara, berlakon, berlawak dan sekarang menyanyi. Dari orang hina dia, sampai sekarang saya masih setia menjadi peminatnya. 

“Lagu yang sangat sedap dan suara Jihan pun merdu. Seronok kalau dengar dalam kereta lagu ni.

Jihan dan Ungku Hariz baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada 25 Januari lalu.

“Pertama kali dengar sampai sekarang terniang-niang lagu ini dalam kepala,” tulis beberapa peminat di ruangan komen di YouTube.

Lagu gubahan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar itu sehingga kini sudah pun mendapat lebih 150,000 tontonan.

Adiwarna ditujukan khas kepada anak lelakinya yang dilahirkan pada 25 Januari lalu selain digunakan sebagai lagu tema program Hi Mommy Jihan.

Sementara itu, Jihan mendedahkan dia merahsiakan mengenai lagu itu daripada pengetahuan dua sahabat baiknya iaitu Nabil Ahmad dan Datuk Ramli MS kerana bimbang dikecam mereka.

Kata Jihan, projek lagu itu adalah sekadar suka-suka dan berharap peminat tidak mengharapkan dia menyanyi seperti mana versi rakaman.

Jihan memberitahu dia merakamkan lagu Adiwarna hanya sekadar suka-suka.

“Janganlah harapkan saya menyanyi macam dalam video itu sebab itu rakaman, sah-sah ada banyak tapisannya.

“Nyanyian ‘live’ saya masih seperti di Gegar Vaganza. Saya bukan penyanyi dan ini pun projek suka-suka dan hadiah untuk baby,” katanya.

Jihan memberitahu dia merakamkan lagu tersebut ketika kandungannya memasuki usia lima bulan.

Kata Jihan, dia mengambil masa selama empat jam di studio untuk menyiapkan lagu tersebut dengan bantuan penyanyi Ronnie Hussein sebagai pelatih vokalnya.

“Dari pukul 10 malam hingga dua pagi di studio. Tukang jaga vokal adalah Ronnie Hussien dan terima kasih kepadanya kerana tidak berputus asa!,” ujarnya.

Sumber: Mstar



Sumber Video: Jihan Muse rakam lagu Adiwarna untuk anak, peminat puji suara sedap tapi rahsiakan dari Nabil dan Tok Ram takut kena bahan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GrS9px

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.