5 Haiwan Yang Jarang Diketahui Cara Tidurnya
Sebagai manusia, tidur merupakan satu keperluan bagi tubuh badan. Dapat tidur lena pada waktu malam merupakan satu nikmat dan dapat memberikan badan kita kesegeran apabila bangun keesokan harinya. Bagaimana pula dengan haiwan?
Menariknya, corak tidur haiwan adalah pelbagai. Ada yang tidak tidur, ada yang tidur sambil berdiri, ada yang tidur sambil membuka sebelah mata dan sebagainya. Harini, iluminasi ingin berkongsi 5 cara tidur haiwan yang unik.
1. Zirafah
Kita jarang sekali dipertontonkan dengan gambar zirafah sedang tidur. Gambar di atas adalah seekor zirafah yang sedang nyenyak tidur. Secara purata, zirafah hanya tidur selama 30 minit dalam sehari.
Walau bagaimanapun, zirafah tidak tidur dalam tempoh yang lama sebaliknya hanya tidur dalam tempoh yang singkat beberapa kali dalam sehari. Kebiasaanya, setiap kali tidur ianya tidak lebih daripada 5 minit! Corak tidurnya yang unik ini membolehkannya sentiasa bersedia daripada serangan haiwan pemangsanya.
2. Kuda
Bagi memastikan dirinya sentiasa bersedia daripada haiwan pemangsa, kebiasaannya kuda tidur secara berdiri sambil matanya tertutup. Kedudukan kakinya membolehkan kuda tidur tanpa terjatuh ke atas tanah.
Walau bagaimanapun, kuda kadang kala akan tidur sambil barang di atas tanah bagi merehatkan kakinya.
3. Itik
Itik merupakan antara beberapa haiwan di dunia yang mempunyai corak tidur yang pelik. Kebiasaannya, seekor itik hanya menutup satu mata sahaja ketika tidur. Sekumpulan saintis daripada Indiana State University telah melakukan kajian untuk mengetahui corak tidur itik.
Mereka dapati itik biasanya tidur dalam kumpulan dan berada dalam barisan. Itik yang berada di hadapan sekali akan membuka sebelah matanya yang menghala ke luar manakala matanya satu lagi yang menghala ke itik lain akan ditutup. Bagi itik yang berada di tengah-tengah barisan pula, biasanya kedua-dua matanya akan ditutup kerana mereka berasa selamat apabila sudah ada itik bersebelahannya yang memerhatikan keadaan sekeliling. Saintis menggelarkan kaedah ini sebagai single-hemisphere sleep dimana hanya sebelah mata dan otak itik yang tidur sementara sebelah lagi terjaga.
4. Memerang
Memerang merupakan haiwan dua alam yang lebih gemar tidur di air. Memerang lebih gemar tidur dengan berbaring di atas air kerana berasa lebih selamat daripada haiwan pemangsa.
Walau bagaimanapun, kerana takut dihanyutkan, memerang biasanya akan tidur secara berkumpulan sambil memegang tangan memerang lain. Rekabentuk badannya membolehkan memerang ini terus timbul di atas aire ketika tidur.
5. Siput babi
Siput babi merupakan antara haiwan yang mampu tidur selama bertahun-tahun tanpa makan dan minum. Ketika tidur, keseluruhan badan siput akan berada di dalam cengkerangnya.
Pernah terjadi satu kes beberapa tahulu dahulu dimana seekor siput yang diletakkan di British Museum dianggap telah mati kerana tidak bergerak dalam tempoh yang agak lama. Kira-kira 4 tahun kemudian, salah seorang pekerja mendapati terdapat kesan pergerakan siput tersebut. Apabila diletakkan di dalam air barulah ia keluar daripada cengkerangnya. Penemuan ini menunjukkan bahawa siput babi mempunyai kelebihan untuk tidur dalam tempoh yang lama.
Kredit:
- National Geographic
- Indiana Public Media
- BBC
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BNYpZl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment