Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kecuali Azmin, Yang Lain Saya Ada Hak Untuk Sokong Mereka - Khalid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kecuali Azmin, Yang Lain Saya Ada Hak Untuk Sokong Mereka - Khalid




Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau bebas untuk menyokong parti mana yang dirasakan sesuai, namun bertegas beliau tidak akan menyokong penggantinya, Datuk Seri Azmin Ali. 



"Siapa saya sokong adalah hak saya. Yang jelas, saya tidak sokong YB Gombak kerana dia akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2 billion dalam isu penyusunan semula industri air Selangor," katanya menerusi satu posting di Facebook hari ini.



Kenyataan Abdul Khalid itu sebagai respon kepada Azmin pada Jumaat lalu yang memintanya memutuskan pihak yang disokongnya untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).



Ini kerana menurut Azmin, sebagai seorang ahli politik, Abdul Khalid perlu menetapkan pendirian mengenai pihak yang disokongnya.



"Khalid perlu buat keputusan. Dalam politik kita mesti ada prinsip, idealisme.



"Ini sekejap (dilihat menyokong) Umno, sekejap PAS, kemudian bebas. Jika beliau mahu main peranan dalam PAS, masuk parti itu,"petik kata Azmin.



Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan negeri termaju berkenaan pada 2008.



Bagaimanapun beliau disingkirkan menerusi idea Langkah Kajang susulan krisis dalaman partinya pada 2014.



Selepas keluar daripada PKR, Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kekal sebagai wakil rakyat Bebas. Bagaimanapun beliau sering dilihat mesra PAS ekoran sering menghadiri majlis anjuran parti itu.



Abdul Khalid juga penghujung tahun lalu membuat kejutan apabila turut muncul di Konvensyen Umno Selangor.





-sh-



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BjHU6n

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.