Malaysia Bangkit Tewaskan Myanmar 5-0
ALOR SETAR – Pasukan lelaki Malaysia mencatat kemenangan mudah 5-0 ke atas Myanmar dalam aksi Kumpulan C Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2018 di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini hari ini.
Lee Zii Jia, turun selaku pemain perseorangan pertama selepas Datuk Lee Chong Wei direhatkan hari ini, menyumbangkan mata pertama apabila menumpaskan Phone Pyae Naing 21-3, 21-10 diikuti kemenangan Soong Joo Vern, yang hanya mengambil masa 22 minit untuk menewaskan Aung Myo Htoo 21-9, 21-7.
Iskandar Zulkarnain Zainuddin turut tidak menghadapi masalah untuk meraih mata ketiga Malaysia setelah mengalahklan Chan Win Oo 21-10, 21-10.
Pasangan beregu kedua negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula beraksi selama 20 minit sebelum menyumbangkan mata keempat apabila menumpaskan gandingan Myanmar Arkar Phone Myat-Hein Si Thu Toe 21-5, 21-5.
Beregu ketiga Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Mohd Rumsani, yang membuat penampilan pertama pada kejohanan berkenaan hari ini, juga tidak mengecewakan selepas meraih mata kelima setelah mencatat kemenangan 21-12, 21-9 ke atas Aung Myo Htoo-Chan Win Oo. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EwKNmr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment