“Jangan Tunjuk Bahagia, Nanti Kena Rampas”
Mengakui hatinya kini sedang berbunga-bunga, Fasha Sandha belum bersedia mendedahkan identiti lelaki yang sedang rapat dengannya sekarang. Dalam masa sama, Fasha enggan terlalu menunjukkan kebahagiaan di depan orang, bimbang nanti ‘dicuri’ orang pula.
BACA: Adakah Ini Cinta Hati Baru Fasha Sandha?
“Hanya saya seorang yang tahu dengan siapa saya berkawan. Buat masa ini, saya lebih selesa berkawan saja. Bahagia kita jangan ditunjuk, nanti orang curi. Derita kita pula jangan beritahu semua orang, nanti kena keji”
“Kalau betul lelaki itu mahukan saya, dia kenalah bersabar. Setakat ini tiada siapapun yang mendesak,” kongsinya kepada Projek MMO mengenai identiti lelaki yang rapat dengannya sekarang.
Bercakap mengenai hubungannya, Fasha akui tidak lagi sunyi selepas bercerai dua tahun lalu. Tetapi jelasnya, hubungan itu tidak diketahui orang, dan jika benar-benar serius barulah beliau akan berkongsi.
Sebelum ini Fasha pernah bernikah dengan Jejai tetapi bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata. Sehingga kini Fasha masih belum berpunya tapi nampaknya sedang mengenali seseorang. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ErDcFQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment