Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sumbang Mahram: ‘Paksu’ Hadapi Jumlah 588 Tuduhan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sumbang Mahram: ‘Paksu’ Hadapi Jumlah 588 Tuduhan




Selepas didakwa atas 334 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak saudaranya, Jumaat lepas, hari ini lelaki itu dihadapkan lagi ke Mahkamah Sesyen di sini atas 254 pertuduhan sama terhadap dua lagi anak saudaranya termasuk satu tuduhan cubaan merogol.

Tertuduh, berusia 46 tahun yang memakai baju-T berwarna biru gelap sama seperti yang dipakai ketika didakwa Jumaat lalu, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan satu persatu di hadapan Hakim Azrul Darus.

Berdasarkan pertuduhan pertama sehingga ke 253, lelaki itu yang dipanggil ‘Paksu’ oleh ketiga-tiga mangsa didakwa telah melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan anak saudaranya, seorang perempuan yang tidak boleh dikahwini, sejak mangsa berusia enam tahun.

Tertuduh, yang telah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak itu, dituduh melakukan kesemua perbuatan itu di rumah flatnya di Ampang, di sini, antara Januari 2006 dan Disember 2013.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.- BERNAMA

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BkP9Ld

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.