SURAT TERBUKA PAGE MEDICAL MYTHBUSTERS MALAYSIA KEPADA SULTAN JOHOR
SURAT TERBUKA PAGE MEDICAL MYTHBUSTERS MALAYSIA KEPADA SULTAN JOHOR. Kalau korang ikuti page Medical Mythbusters Malaysia & activist medic yang terdiri dari para doktor, staff farmasi KKM, individu di social media facebook rasa korang tahu isu yang sedang hot & spicy dua tiga hari ni. Isu berkaitan dengan sekumpulan individu tertentu yang di dakwa telah menyampaikan satu ajaran yang bertentangan dengan amalan perubatan sehingga menyebabkan sepasang suami isteri terpedaya & menyebabkan kematian bayi yang di lahirkan.
Ini kerana Ajaran begini sangat bertentangan dengan prinsip perubatan yang mana setiap kandungan mestilah menjalani penilaian risiko oleh pasukan perubatan, dan setiap kelahiran mestilah dilakukan di dalam suasana yang selamat serta hendaklah dihadiri oleh kakitangan perubatan yang bersiap-siaga sekiranya terjadinya sebarang komplikasi.
✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2H0rJvi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Ramai para doktor & activist yang kecewa dengan kejadian tersebut.. kerana bagi mereka individu tersebut telah membawa satu ajaran yang salah & aktif mempromosi kelahiran alami (homebirth). Kelahiran alami adalah kelahiran tanpa campurtangan doktor, tanpa campurtangan perubatan, serta satu ideologi bahawasanya, kelahiran boleh dilakukan dimana-mana hatta tanpa pemantauan petugas perubatan yang terlatih. Memang agak bahaya juga la kan.. Sebab kita semua tahu proses kelahiran ni macam macam komplikasi boleh berlaku lebih lebih lagi kalau kandungan tu di kesan ada masalah dari awal.
Jadi di sebabkan kejadian tu berlaku di negeri Johor Page Medical Mythbusters Malaysia telah mengeluarkan satu posting yang berupa surat terbuka kepada DYMM SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR DAN TUANKU PERMAISURI JOHOR supaya ada tindakkan tegas untuk menghalang kegiatan kumpulan individu tersebut.
Merujuk dari surat terbuka Medical Mythbusters Malaysia ianya bukannya kes pertama berlaku, tetapi ia telah berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini & dah ada beberapa kes kematian ibu dan anak, serta kes komplikasi akibat ibubapa yang terpedaya memilih untuk melahirkan anak tanpa pengawasan perubatan. Cumanya kes-kes ini tidak mendapat liputan di media. Mereka terlindung disebabkan kekangan dari pihak hospital untuk mendedahkannya atas faktor privasi dan etika kerahsiaan pesakit.
Jadi atas rasa tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Pihak Medical Mythbusters Malaysia memohon campurtangan Tuanku (Sultan Johor) membantu mereka dalam isu ini bagi menghentikan aktiviti sekumpulan individu tersebut agar dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa yang tidak berdosa.
Pihak Medical Mythbusters Malaysia mengharapkan sokongan DYMM Sultan Johor supaya melakukan penyiasatan menyeluruh, terperinci dan telus dapat ke atas kes yang berlaku.
Pihak Medical Mythbusters Malaysia mengharapkan sokongan DYMM Sultan Johor supaya melakukan penyiasatan menyeluruh, terperinci dan telus dapat ke atas kes yang berlaku.
Atas inisiatif Medical Mythbusters Malaysia(M3), Mereka mengusulkan kempen #SayNoToUnsafeBirth di media sosial bagi memastikan pasangan muda dan ibu-ibu mengandung, sentiasa berhati-hati dalam menerima pendapat perubatan dan sentiasa meletakkan keselamatan sebagai prioriti utama. Tujuan mereka adalah ingin menyebarkan kesedaran tentang bahaya kelahiran tidak selamat ini memang nyata, serta kesannya sangat buruk.
Semoga usaha murni Medical Mythbusters Malaysia dapat membantu membenteras apa juga aktiviti yang mengancam nyawa orang awam terutama yang melibatkan isu rawatan & kesihatan. Semoga surat terbuka ini sampai ke pengetahuan DYMM Sultan Johor yang kita semua sedia maklum sangat mesra rakyat & tegas.
Untuk Kandungan penuh surat terbuka tersebut boleh baca di page : Medical Mythbusters Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2H0rJvi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment