Rezeki Pok Ya Duduk Hotel Concorde Mekah Percuma
Selepas telefilem Pok Ya Cong Codei viral di media sosial, rezeki pengarah dan pelakon Sabri Yunus semakin mencurah-curah.
Lakonan yang dipamerkan Sabri Yunus dalam cerita itu sangat memberi kesan sehinggakan ada pihak mendacangkan agar diberi pingat atau gelaran yang sewajarnya.
Terbaru, sebuah agensi menawarkan pakej untuk mengerjakan umrah dan turut disediakan penginapan di Hotel Concorde Mekah dan Madinah secara percuma.
Menurut pelakon yang terkenal dengan watak dialek Kelantan itu, dia tidak menyangka rezekinya melimpah ruah selepas telefilem itu disiarkan pada 20 Januari lalu.
“Saya tidak sangka telefilem tersebut diterima begitu hebat. Saya kini sedang menghasilkan telefilem Pok Ya Con Codei untuk siaran Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada Kosmo.
Pok Ya Cong Codei berkisar mengenai seorang lelaki gedebe (samseng) di Kelantan yang diupah oleh ahli perniagaan kaya mencari anak gadisnya yang dipercayai diculik.
Nama gelaran “cong codei” itu asalnya merujuk kepada sebuah hotel yang disewakan orang kaya terbabit untuk Pok Ya. Bagaimanapun babak memaparkan adegan Pok Ya mengeja nama hotel itu dipadamkan.
Sumber: Kosmo
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2shppg1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment