Hi! Welcome Back and Stay Tune! JPPM tiada alasan tangguh pendaftaran PH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JPPM tiada alasan tangguh pendaftaran PH

Gobind: 2 masalah selesai, JPPM tiada alasan tangguh pendaftaran PH
Michael Murty | February 6, 2018

Gesaan berikutan JPPM akhirnya mengiktiraf barisan kepimpinan DAP selepas pertikaian hampir 4 tahun.
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia tiada lagi alasan untuk tidak meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan selepas mengiktiraf jawatankuasa eksekutif pusat DAP (CEC) dan mesyuarat agung tahunan pertama PPBM, kata seorang pemimpin gabungan itu.

Ketua Biro Undang-undang PH, Gobind Singh Deo berkata sebelum ini JPPM memberi alasan pendaftaran gabungan itu tidak boleh diluluskan selagi 2 masalah itu belum diatasi.

Gobind berkata JPPM sekarang ini mesti meluluskan permohonan PH atau bersedia hadapi tindakan undang-undang.

“Kami mahu tahu mengapa tiada raspon daripada mereka. Sekarang kami berdepan satu pilihan raya umum,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas JPPM memaklumkan pihak mereka mengiktiraf barisan kepimpinan baharu CEC, selepas parti itu diarah mengadakan 2 pemilihan semula, yang terbaharu pada November tahun lepas, atas dakwaan tidak menepati undang-undang.

Penubuhan PH diumumkan tahun lepas, yang terdiri daripada PPBM, PKR, DAP dan Amanah. Mereka merancang untuk bertanding pada pilihan raya akan datang bawah satu logo.

Bulan lepas, gabungan itu mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.

Gobind berkata PH akan cuba mendapatkan jawapan daripada JPPM esok.

“JPPM perlu lebih profesional dan jawab surat yang dihantar kepada mereka. Kalau itu tidak dilakukan dalam tempoh masa yang diberikan, kami tiada pilihan kecuali mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap JPPM bagi memaksa mereka menjawab surat kami,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP hari ini.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BNru7k

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.