Hi! Welcome Back and Stay Tune! KM71.9 Jalan Sibu-Bintulu Ditutup Kerana Banjir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KM71.9 Jalan Sibu-Bintulu Ditutup Kerana Banjir

SIBU – Laluan di Km 71.9 Jalan Sibu-Bintulu ditutup kepada lalu lintas petang ini berikutan banjir yang menenggelami jalan itu sejak awal hari ini.

Laluan tersebut yang ditenggelami air lebih daripada 0.61 meter ditutup mulai senja, dipercayai untuk mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku berikutan keadaan gelap.

Tinjauan Bernama pada kira-kira 11.30 pagi mendapati kenderaan berat dan jenis lasak masih boleh mengharungi laluan sepanjang kira-kira 100 meter tidak jauh dari Simpang Dijih itu.

Bagaimanapun, ramai pemandu yang mengambil sikap tunggu dan lihat, dengan ada pemandu dari arah Sibu mahupun Selangau terpaksa beralah serta berpatah balik apabila hujan renyai dan tiada petanda jelas bahawa paras air akan surut.

“Adik saya yang memandu bas ekspres terpaksa berpatah balik pada 1.30 tengah hari tadi kerana tidak mahu membahayakan keselamatan para penumpang,” kata seorang penjawat awam Stanley Mike Ajah kepada Bernama.

Pegawai Tadbir Sarawak di Pejabat Daerah Selangau, Anyie Awing ketika dihubungi mengesahkan paras air semakin meningkat di laluan itu.

Beliau turut mengesahkan bahawa laluan di Km131 Jalan Sibu-Bintulu berdekatan kawasan Sungai Arip yang ditutup kepada semua kenderaan semalam kerana ditenggelami banjir kini sudah boleh dilalui.

“Cuaca di Selangau agak baik hari ini namun ada kawasan yang airnya sudah surut dan ada kawasan yang airnya meningkat,” kata beliau.

Sementara itu, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw berkata setakat pukul 9 malam ini, sejumlah 839 penduduk ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara di Dewan SJKC Tong Ah, Dewan Serbaguna Selangau, Dewan Masyarakat Sekuau dan Dewan SK Bukit Arip.

Katanya lima buah lagi pusat pemindahan sementara dengan kapasiti 600 orang sudah siap sedia untuk dibuka sekiranya diperlukan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2smevWt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.