Orang Cina Sudah Dimanipulasi Oleh Kit Siang & Guan Eng
Kepada ‘Uncle’ Lim Kit Siang, saya merupakan penyokong anda dan seorang yang tegar! Semangat juang anda, sejak saya mengenali anda pada 1980-an tidak diragukan adalah yang paling dikagumi di negara ini. Pendirian anda terhadap korupsi dan prinsip-prinsip demokrasi sangat dihormati bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Anda berusaha untuk menyelamatkan Malaysia sejak 1970-an. Bila Dr. Mahathir Mohamad masih sebagai PM, anda mencuba tanpa mengenal erti penat untuk melawan beliau. Anda melabelkan beliau dengan semua jenis nama.
Kami yang membesar pada 1980-an dan 1990-an dipengaruhi oleh anda dan ajakan anda supaya membenci dan menolak Dr. Mahathir dan UMNO. Sekarang anda meminta kami untuk menerima beliau kembali sebagai PM sekali lagi! Anda telah lupa bagaimana beliau menahan anda dan anak anda tanpa perbicaraan.
Anak anda menjadi mangsa politik dan berakhir di penjara. Tidak ada manusia yang akan bersetuju dengan layanan kejam seperti itu tetapi anda dan anak anda menerima kekejaman Dr. Mahathir. Tetapi anda sekarang mahu kami menerima beliau. Anda memang jelas adalah haiwan politik di dalam liga sama dengan Dr. Mahathir dan Mugabe dari Zimbabwe!
Penentang dari Singapura yang ditahan oleh Lee Kuan Yew tanpa perbicaraan tidak pernah memaafkan Kuan Yew walaupun beliau telah meninggal dunia. Inilah yang kami panggil prinsip! Anda bukan sahaja tidur dengan musuh anda tetapi melakukan hubungan sulit dengan musuh anda.
Anda menghentam polisi bumiputera dan polisi kuota oleh UMNO. Sekarang anda bersama Dr. Mahathir yang merupakan pendesak utama kepada polisi bumiputera dan kuota. Namun, rangka kerja Pakatan Harapan langsung tidak menyentuh tentang memansuhkan polisi bumiputera dan kuota. Adakah anda sekarang takut akan Dr. Mahathir dan Melayu dan dibuli oleh Dr. Mahathir? Adakah anda tidak lebih teruk daripada MCA dan Gerakan?
Beli banglo
Bila Dr. Khir Toyo didakwa membeli banglo di bawah harga pasaran, seluruh DAP bersorak dan meraikannya. Penyokong DAP diberitahu bahawa pemimpin UMNO yang kotor itu berhak mendapat hukuman itu.
Tetapi apabila Guan Eng didakwa dengan kes serupa membeli banglo di bawah harga pasaran, anda kata itu adalah pendakwaan politik dan seluruh DAP mempertahankan Guan Eng, lupa bahawa mereka pernah meraikan bila Khir Toyo didakwa kerana membeli banglo di bawah harga pasaran!
Anda mahu 1MDB disiasat. Anda mahu banyak salah urus disiasat. Kenapa anda berdiam diri terhadap projek terowong dasar laut RM6.3 bilion, tebus guna 4,5000 (ekar) tanah untuk Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang RM40 bilion? Anda patut panggil sped (daun), sped (bercakap terus terang ).
Anda membenci UMNO dan mengajak rakyat Malaysia untuk turut membenci UMNO. Tetapi di belakang kami, anda dan anak anda memeluk Nazri, Menteri Pelancongan dari UMNO. Adakah anda tidak mengkhianati suara hati anda sendiri? Tak apa jika mengkhianati rakyat tetapi tidak prinsip dan suara hati anda sendiri!
Anda bimbang tentang Pas dan Negara Islam. Tetapi anda menggesa orang Cina mengundi Pas dalam dua pilihan raya umum lalu. Adakah anda tahu kerosakan yang telah anda lakukan? Malah, anak anda, Guan Eng membenarkan Pas membentangkan RUU 355 dengan kata-kata popularnya, "Biar ia lulus dahulu!"
Sekarang apabila Pas bergerak ke arah UMNO, anda katakan ia bahaya kepada negara. Apa yang beza sangat antara Pas-DAP dan UMNO-Pas? Pas masih Pas yang sama. Satu-satunya perbezaan ialah orang China menerima Pas atas ajakan anda!
Sejarah China merekodkan jeneral Dinasti Ming, Wu San Kui sebagai pengkhianat kerana membuka pintu bandar bagi membolehkan askar Manchu memasuki China dan dengan demikian menamatkan Dinasti Ming dan menubuhkan Dinasti Qing.
Tindakan anda mempengaruhi orang Cina dan membuka minda kami untuk menerima Pas tidak ada bezanya dengan Wu San Kui.
Orang Cina mesti sedar kita telah dimanipulasi oleh DAP, Guan Eng dan Kit Siang!
* Joshua Heng
Melaka.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BQjBxS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment