Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menunggu Kejantanan Dr Afif Bahardin Dan PKR Pulau Pinang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menunggu Kejantanan Dr Afif Bahardin Dan PKR Pulau Pinang



MENUNGGU KEJANTANAN DR AFIF BAHARDIN DAN PKR PULAU PINANG

Ketegangan antara PKR dan DAP Pulau Pinang berhubung dengan isu agihan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang antara parti-parti komponen Pakatan Harapan Pulau Pinang bukanlah sengaja diada-adakan kerana ia sebenarnya betul-betul berlaku.

Selewat 28 Januari lalu pun, portal berita The Malaysian Insight telah memetik Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua AMK Malaysia, Dr Afif Bahardin, sebagai memberi amaran kepada DAP Pulau Pinang: “Jika PKR perlu lepaskan kerusi, kami mahu DAP juga lakukan yang sama bagi memberi ruang kepada PPBM dan AMANAH. Jika DAP enggan berbuat demikian, PKR mahu semua 16 kerusinya.”

Ketegangan ini adalah berpunca daripada pelbagai kenyataan pemimpin PPBM dan AMANAH yang menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi parti mereka.

Pengerusi PPBM Pulau Pinang, Marzuki Yahya, telah beberapa kali menyebut hasrat PPBM untuk meletakkan calon di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang kini diwakili oleh UMNO. 6 daripada 10 kerusi ini ialah kerusi yang PKR tandingi dalam PRU 13, iaitu N2 Bertam, N3 Pinang Tunggal, N6 Telok Ayer Tawar, N40 Telok Bahang, N21 Sungai Acheh dan N39 Pulau Betong. 4 kerusi lagi ialah kerusi yang PAS tandingi dalam PRU 13, iaitu N1 Penaga, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua dan N38 Bayan Lepas.

Dalam pada itu, pemimpin AMANAH pula, termasuk Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Malaysia, Muhammad Faiz Fadzil, yang digembar-gemburkan akan bertanding di kerusi N11 Permatang Pasir, telah membayangkan minat AMANAH untuk bukan sahaja bertanding di kerusi N11 Permatang Pasir, malah di empat kerusi lain yang PAS tandingi dalam PRU 13, iaitu N1 Penaga, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua dan N38 Bayan Lepas, kerana, kata beliau, AMANAH akan mampu merampas kelima-lima kerusi ini dari PAS dan UMNO.

Berhadapan dengan tuntutan berterusan PPBM supaya PKR melepaskan kerusinya inilah maka amaran Dr Afif Bahardin ini boleh difahami kerana PKR kini telah terpaksa melepaskan tiga kerusinya, iaitu N2 Bertam, N6 Telok Ayer Tawar dan N40 Telok Bahang, kepada PPBM, selain berhadapan dengan kemungkinan terpaksa melepaskan satu lagi kerusinya, iaitu N21 Sungai Acheh, sama ada kepada PPBM atau kepada AMANAH.

Kita lihat sahaja nanti sejauh manakah jantannya pemimpin PKR Pulau Pinang, khususnya Dr Afif Bahardin sendiri, di dalam berhadapan dengan pemimpin DAP Pulau Pinang ini. Apakah PKR Pulau Pinang akan mengotakan janjinya bahawa ia tidak akan melepaskan mana-mana satu daripada 16 kerusinya kepada PPBM atau kepada AMANAH jika DAP juga berkeras untuk tidak melepaskan mana-mana satu daripada 19 kerusinya kepada PKR?

Dr Kamarul Zaman Yusoff

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Bhsvn0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.